• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 7 Fakta Pantas | Ford Ranger 2.2L Wildtrak, Varian Baharu di Pasaran, Harga RM127k

7 Fakta Pantas | Ford Ranger 2.2L Wildtrak, Varian Baharu di Pasaran, Harga RM127k

April 18, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) memperkenalkan varian baharu, Ford Ranger 2.2L Wildtrak yang kini boleh mula ditempah di bilik pameran Ford seluruh negara. Pada Januari lalu, Ford baru saja menambah pilihan warna baharu untuk Ranger varian 2.2L FX4 dan 3.2L Wildtrak (premium).

Berikut 7 fakta pantas yang perlu anda tahu tentang Ford Ranger 2.2L Wildtrak:

1. Harga serendah ~RM127k. Ranger 2.2L Wildtrak ditawarkan pada harga RM127,888 (Semenanjung Malaysia) RM133,888 (Sabah & Sarawak). Harga adalah termasuk GST, tanpa insurans.

2. Ada 3 warna pilihan, iaitu Cool White (putih), Pride Orange (jingga) dan Shadow Black (hitam).

3. Enjin kecil tetapi berkuasa. Ranger 2.2L Wildtrak dikuasakan enjin diesel 4-silinder Duratorq 2.2L berkuasa 157hp pada 3,000rpm dan tork 385Nm (1,600-2,600rpm) dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

4. Bentuk badan maskular. Tampil dengan rekabentuk luaran maskular, dan tersendiri serta moden selain ruang kabin seperti sebuah kereta yang membuatkan Ranger ini tampak lebih menyerlah berbanding trak pikap lain.

5. Direka untuk cabaran ekstrem. Sama seperti semua model Ranger, 2.2L Wildtrak mampu berdepan pelbagai rintangan ekstrem dengan kemampuan meredah kedalaman air 800mm (2 kaki 7½ inci), mendaki bonggol dan pemukaan jalan tidak rata dengan jarak kelegaan tanah setinggi 235mm, menampung muatan seberat hingga 1 tan, dan keupayaan tundaan mencapai 3.5 tan.

6. Dilengkapi ciri keselamatan pintar. Ranger 2.2L Wildtrak dilengkapi teknologi keselamatan terkini yang terdiri daripada:

  • SYNC 3: Sistem maklumat dan hiburan Ford dengan skrin sentuh 8-inci dan padanan sistem arahan suara.
  • Soket kuasa 240V
  • 4x4 Shift-on-the-Fly: Membolehkan mod pemanduan 2WD dan 4WD, High atau Low ditukar semudah memutar tombol suis.
  • Sistem MyKey: Membolehkan pemandu mengubah tetapan kereta, termasuk kelajuan maksimum, tahap audio dan amaran tali keledar.
  • Ciri keselamatan aktif dan pasif: Terdiri daripada Amaran Lencong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pengehad Kelajuan Boleh Laras (ASL), Amaran Rempuhan Depan (FCW) dan Mitigasi Brek, Kunci Diferensial Belakang Elektronik (ELRD), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Beban Adaptif (ALC), dan Bantuan Brek Kecemasan (EBA).
  • Kamera undur dengan sensor parkir di depan dan belakang, 6 beg udara (dua depan, sisi dan tirai), sistem penggera kecurian volumetrik, imobiliser dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

7.  Servis percuma 2 tahun atau 40,000km (mana satu tiba dahulu) untuk pelanggan terawal Ranger 2.2L Wildtrak. Tawaran sama turut diberikan kepada pembeli Ranger 3.2L Wildtrak.

Pelanggan yang membeli dan mendaftarkan Ranger bermula 30 Jun ini berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport. Juga ada 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro untuk dimenangi. Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah dengan 5 unit telefon pintar akan dihadiahkan setiap bulan. Hadiah utama pula diumumkan selepas cabutan terakhir, Jun ini.

GALERI

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Ford, Ford Ranger, Ford Ranger 2.2L, Ford Ranger 2.2L Wildtrak, pikap trak, Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev