• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / SsangYong Tivoli Ultimate Edition, SUV Subkompak Paling Selamat dalam Kelas

SsangYong Tivoli Ultimate Edition, SUV Subkompak Paling Selamat dalam Kelas

April 23, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SSANGYONG melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, Tivoli Ultimate Edition edisi terhad yang dikuasakan enjin petrol 1.6L dalam opsyen transmisi manual berharga £17,495 (RM97,290), dan automatik 6-kelajuan Aisin, £18,747 (RM104,253)

Tivoli Ultimate didatangkan dengan kerusi pemandu elektrik berserta ventilasi, roda stereng dengan pemanas, lampu kabus LED, brek tangan yang diposisikan semula dan perubahan minor pada suis gear. Model ini juga dibina berasaskan varian premium ELX yang menurut Ssangyong, antara model paling selamat dalam kelasnya.

Sistem keselamatan aktif turut ditawarkan seperti Amaran Rempuhan Depan (FCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Lencong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Bantuan Suluh Tinggi (HBA) dan Pengecaman Tanda Trafik (TSR). Pembeli juga diberikan 7 beg udara - depan, sisi, tirai dan satu di bahagian lutut pemandu.

Antara ciri standard lain ialah upholsteri kulit, masukan tanpa kunci, sensor parkir, kamera undur, kawalan jelajah, tingkap elektrik, stereng pintar, skrin sentuh 7-inci demham radio RDS, sambungan iPod dan Bluetooth, navigasi TomTom, rim aloi potongan berlian, dan penyaman udara dual-zon.

Bakal pembeli yang sanggup berbelanja lebih £400 (RM2,224) pula berpeluang mendapatkan pek Style dengan ciri bumbung kontras berwarna hitam atau putih. Jika berminat dengan model aras mula, Tivoli ini dijual pada harga £13,495 (RM75,065).

SUMBER: CarScoops

Related

94
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), korea, Roda4, SsangYong, SsangYong Tivoli Ultimate Edition, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my