• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Grand Lavida Plus dalam Versi Stationwagon, Pasaran China Sahaja

Volkswagen Grand Lavida Plus dalam Versi Stationwagon, Pasaran China Sahaja

April 20, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLKSWAGEN menambah model kedua dalam famili Lavida Plus yang kali ini ditampilkan sebagai stationwagon dengan nama pangkal 'Grand'. Bagaimanapun, model Grand Lavida Plus ini dijual untuk pasaran China sahaja.

Bakal diletakkan bersama barisan famili sedia ada di pasaran, sama seperti versi 4-pintu standard, model Lavida Plus baharu ini datang dengan dimensi 4,500mm panjang, 1,800mm (lebar) dan 1,400mm (tinggi) serta jarak roda 2,600mm, mengikut makluman portal CarNewsChina.

Asasnya, dimensi baharu itu menunjukkan Grand Lavida Plus lebih besar secara keseluruhan berbanding model terdahulu.

Dibangunkan berasaskan platform MQB, wagon ini ditawarkan dalam 3 varian enjin: standard 1.5L (116hp), turbo 1.2L (116hp) dan turbo 1.4L (150hp). Dua enjin turbo itu ialah versi naik taraf daripada Lavida 5-pintu terdahulu. Enjin aspirasi natural (NA), 1.5L pula diperkenalkan sebagai pengganti unit 1.6L (110hp). Pembeli juga boleh memilih dua opsyen transmisi, iaitu manual 5-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Tiada lagi imej ruang dalaman didedahkan setakat ini, tetapi menampilkan ciri sama seperti Lavida Plus baharu. Ini bermakna kemasan kulit dan material premium digunakan, termasuk sistem infotainment skrin sentuh, penyaman udara kawalan suhu dual-zon dan lain-lain.

Pengeluar automotif Jerman bakal menayangkan Grand Lavida Plus sempena Pameran Motor Beijing (BMS) 2018 bermula 25 April ini sebelum memasuki fasa pengeluaran hasil usahasama Shanghai-Volkswagen. Jualan akan bermula di China dalam beberapa bulan akan datang dengan anggaran harga sekitar ¥125,000 (RM77,458).

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Beijing Motor Show 2018, estate, Pameran Motor Beijing (BMS) 2018, platform MQB, Roda4, station wagon, Volkswagen, Volkswagen China, Volkswagen Grand Lavida Plus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev