• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis UK Tenang Walaupun Dikecam Guna Peranti 'Stinger' Halang Pemandu, Penunggang Degil

Polis UK Tenang Walaupun Dikecam Guna Peranti 'Stinger' Halang Pemandu, Penunggang Degil

April 17, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAYANGKAN situasi sama dilakukan polis Malaysia dalam operasi membanteras aktiviti lumba haram motosikal atau kereta, mungkin ramai dapat ditangkap. Jadi, tiadalah lagi kita terbaca insiden kejar mengejar, baling kon, pihak berkuasa kena rempuh  atau suspek menyorok di sebalik pokok berlaku.

Bagaimanapun, setiap pendekatan tetap ada pro dan kontra. Paling pasti sudah tentu kecaman netizen dan inilah yang menimpa seorang anggota polis Essex, di timur England berikutan video dia menggunakan perangkap paku, dipanggil 'stinger', untuk menghentikan motosikal besar tular di media sosial.

BACA >>> Britain Kaji Semula Undang-Undang Lindungi Polis Banteras Penjenayah Moped

Polis itu turut dilemparkan kata kesat daripada dua penunggang lain yang mendakwa tindakan anggota beruniform itu boleh membahayakan nyawa mereka. Bagaimanapun, Ketua Superitendan, Rachel Nolan mempertahankan kaedah penggunaan stinger yang menurutnya berkesan menghentikan tingkah laku penunggang atau pemandu yang membahayakan orang lain.

Menerusi video dipaparkan dalam laman Facebook rasmi Polis Essex, Nolan menjelaskan tindakan itu sebahagian bentuk pertahanan dan dua penunggang terlibat didakwa menunggang secara berbahaya yang menyebabkan motosikal mereka dirampas.

"Stinger itu sudah diuji dan selamat digunakan untuk motosikal.

"Ramai turut serta perhimpunan acara motosikal Southend Shakedown. Kami tidak mahu insiden di Essex lalu berulang kerana aksi berbahaya itu meletakkan orang ramai dalam risiko," kata Nolan.

Inilah sebab kenapa pihak polis menggunakan stinger apabila arahan berhenti untuk memberikan laluan kepada kanak-kanak melintas tidak dipatuhi.

STINGER HALANG PEMANDU, PENUNGGANG DEGIL

Stinger ialah peranti berupa jalur berpaku yang digunakan untuk menghalang atau menghentikan pergerakan kenderaan dengan menangkis tayar mereka. Secara am, jalur itu mempunyai logam panjang, paku atau gigi bersaiz 35mm-75 mm.

BACA >>> Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis

Tujuannya ialah memancitkan tayar kenderaan yang melintasi jalur paku tersebut. Stinger boleh saja datang dalam bentuk solid atau berongga. Stinger versi berongga akan terbenam dengan tayar yang menyebabkan udara keluar pada kadar stabil bagi mengurangkan risiko pemandu hilang kawalan.

https://youtu.be/MF8hH1HnGpA

GALERI

SUMBER: MCN

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Essex, jalur berpaku, motorsikal, peranti, polis, Rachel Nolan, Stinger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my