• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Brutale 800 RR America (2018), Siri Edisi Terhad dengan Warna Ikonik

MV Agusta Brutale 800 RR America (2018), Siri Edisi Terhad dengan Warna Ikonik

April 17, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA 45 tahun lalu - 1973 -, MV Agusta menggunakan skema warna merah, putih dan biru untuk model 750 Sport (gambar bawah). Hasilnya cukup menarik perhatian dengan penampilan tiga warna pada bahagian tangki, frem dan pelana, termasuk empat paip ekzos megafon - setiap sisi dibahagikan kepada dua.

Walaupun tampil anggun dari segi penampilan, tetapi prestasi enjin dan dinamik casis 750 Sport tidak begitu memuaskan. Dua tahun kemudian - 1975 -, MV Agusta sedar bahawa skema warna itu secara kebetulan menonjolkan imej Amerika (warna bendera), jadi nama jentera diubah kepada '750 Sport America'.

MUNCUL SEMULA

Selepas 25 tahun mendiamkan diri, nama dan skema warna sama muncul semula, kali ini untuk model Brutale dengan enjin 4-silinder F4, dan kemudian sekali lagi pada 2012, juga model Brutale 2012.

BACA >>> MV Agusta Brutale 800 RR Pirelli Edition - Model Itali yang Paling Itali!

Paling terkini, MV Agusta mengembalikan semula warna ikonik itu untuk Brutale 800 RR America dengan enjin 3-silinder berkuasa 140hp, yang patuh emisi Euro 4. Model edisi terhad itu turut berkongsi kemas kini mekanikal dan teknologi sama dengan Brutale 800 RR yang disahkan sebagai naked bike paling pintar di dunia.

GALERI
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA1
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA2
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA3
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA4
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA5
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA6
MV_AGUSTA_BRUTALE_800_RR_AMERICA8

SUMBER: CycleWorld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta 750 Sport (1975), MV Agusta 750 Sport America, MV Agusta Brutale 800 RR, MV Agusta Brutale 800 RR America (2018), naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev