• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

Teruja Jejak Kaki ke Bilik Pameran Lynk & Co, Mahu Proton Guna Konsep Sama

April 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAH dengar tentang jenama automotif, Lynk & Co? Sebenarnya, jenama itu ialah produk usahama Geely dan Volvo yang dibangunkan untuk mengisikan kekosongan antara jenama automotif China dan Sweden itu.

Apabila menyebut  tentang dua jenama itu, kita pasti sedikit sebanyak sudah tahu apa yang mahu disampaikan. Lawatan wakil pengedar Proton ke China baru-baru ini bukan sekadar menyaksikan teknologi dan fasiliti Geely, tetapi turut diberikan peluang mendekati jenama Lynk & Co.

BACA >>> Jenama Baru Geely - Lynk & Co Keluar Model Pertama Tahun Ini, Sasarkan Profesional Muda

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Wakil pengedar Proton berkesempatan mengunjungi cawangan Lynk & Co di Shanghai, China. Salah seorang pengedar Proton, Azizulmu'min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd, idea ditampilkan Lynk & Co memang unik dan tampak seperti pusat jualan model yang lengkap ciri gaya hidup.

"Sebaik saja melangkah masuk, ada banyak kejutan seperti singgih ke butik premium di pusat beli-belah. Bukan sekadar jual kereta, tetapi juga memaparkan gaya hidup dan kaitan jenama itu antara pengguna dan Lynk & Co.

"Konsep diketengahkan begitu segar dan jika konsep sama turut diterjemahkan untuk jenama Proton, saya yakin dapat menarik orang ramai. Ada ruang kopi dengan pelbagai gula-gula lolipop berwarna-warni diikat riben dan siap tertera perkataan Lynk & Co. Ada juga butik aksesori yang menjual baju dan topi," katanya..

STRATEGI PERNIAGAAN TEPAT

Sementara itu, Louis Ng Boon Cheng daripada NHL Automobil Sdn Bhd turut berkongsi pandangan sama. Menurutnya, konsep sebegitu ialah strategi perniagaan yang tepat kerana tidak lagi bergantung kepada aspek jualan kenderaan semata-mata.

"Ini semua mengenai konsep jualan dan rekabentuk, dan menetapkan trend untuk memiliki model Lynk & Co. Saya benar-benar menantikan konsep sama turut digunapakai di Malaysia," kata Louis.

Razali Ahmad, daripada Erakars Sdn Bhd pula menyatakan suasana bilik pameran yang santai dan ceria, termasuk sudut digital akan memberikan persepsi berbeza kepada pelanggan, terutama ketika melangkah masuk ke bilik pameran.

Ruangan menunggu lapang dan ada pula kafe selesa, semua ini pasti membuatkan pelanggan teruja dan dihargai apabila datang ke sini," katanya.

GALERI

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Azizulmu'min Mohd Hussain Malim, Geely, Lawatan Proton Ke China, Louis Ng Boon Cheng, Lynk & Co, Proton, Razali Ahmad, Roda4, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my