• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kalau Benar Jerebu Tiada Penyelesaian, Inilah Cadangan Bernas Kami

Kalau Benar Jerebu Tiada Penyelesaian, Inilah Cadangan Bernas Kami

September 30, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

jerebu

KALAU benar jerebu memang tiada penyelesaian, kita raikan sajalah fenomena ini. Berikut beberapa cadangan yang boleh dilakukan:

  1. Isytiharkan Ogos - Oktober setiap tahun sebagai musim jerebu peringkat negara dan Asia Tenggara. Senaraikan dalam kalendar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai daya tarikan baru pelancong luar ke rantau ini.
  1. Berikan cuti sekolah dua minggu antara Ogos - Oktober, dan dalam tempoh itu, pembakar hutan di Indonesia (hasil persefahaman sesama negara Asean) dibenarkan membakar hutan mereka secara besar-besaran supaya menghasilkan jerebu yang banyak.
  1. Wujudkan 'Perayaan Topeng'. Semua orang bukan sekadar memakai topeng ke mana saja sepanjang musim jerebu, tetapi topeng mereka mesti rekaan kreatif - semacam perayaan Halloween.Jerebu 2
  1. Pereka pakaian dan gedung beli-belah dialu-alukan menghasilkan fesyen jerebu dengan warna hijau bermotifkan flora dan fauna. Kakitangan kerajaan wajib berbatik hijau ke pejabat.
  1. Pengeluar automotif, khususnya Proton dan Perodua mesti melancarkan kereta edisi terhad sempena jerebu. Semestinya tema hijau juga.
  1. Menjelang tengah atau hujung Oktober, acara detik jam diadakan di Dataran Merdeka dan KLCC sebagai meraikan peralihan musim. Bunga api dan mercun dibakar, serta konsert budaya dimainkan, manakala masjid mengadakan kenduri dan solat kesyukuran, menandakan berakhirnya musim jerebu.
  1. Cuaca jerebu semula jadi tanpa teknik CGI (teknologi imej janaan computer) pasti membuatkan pembikin filem tempatan dan luar negara berminat melakukan penggambaran di Malaysia. Ini dirancakkan lagi dengan skim, insentif dan geran khas ditawarkan Kerajaan sepanjang musim.
  1. Sekolah yang ditutup dua minggu dijadikan lokasi acara kebudayaan dan kesedaran alam sekitar. Wayang kulit, joget/zapin, lagu, teater dan apa saja jenis persembahan dimainkan. Tema wajib sudah tentu mengenai bahaya jerebu.
  1. Kalau Korea ada K-Pop, nah, sempena musim jerebu anak muda Malaysia menghasilkan H-Pop (Haze Pop).

Cukuplah sikit-sikit OK.

Kredit Foto: https://greatermalaysia.com/

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jerebu, Perodua, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my