MENCARI bengkel kereta yang bagus memang sentiasa jadi dilema buat pemandu baharu, terutama kaum wanita. Sudahnya, terpaksa mengharapkan khidmat pusat servis yang pastinya menawarkan harga lebih premium dan perlu pula membuat janji temu. Silap haribulan kena ambil cuti kerana cuma hari itu saja ada kekosongan.
Mahu selamba pergi bengkel luar, takut pula ditipu. Sepatutnya cuma servis dalam RM150 untuk kos tukar minyak pelincir dan penapis minyak, termasuk upah, sekarang sudah kena 'tapau' sampai RM500. Kata si mekanik, itu rosak, ini rosak. Itu kena tukar, ini kena tukar.
Dilema sungguh. Tambahan lagi untuk pemandu wanita sampai terpaksa minta bantuan (baca: menyusahkan) saudara atau kawan lelaki.
Tetapi sekarang jangan risau kerana bengkel G-Car Auto Garage sedia membantu anda. Apa yang istimewa, bengkel ini dikendalikan ketua mekanik wanita. Malah, antara tujuan bengkel ini dibuka adalah untuk memudahkan pemandu wanita ke bengkel yang sebelum ini bimbang 'ditipu' sesetengah mekanik tidak jujur.
Bercerita mengenai pengalaman sendiri, Ketua Mekanik G-Car Auto Garage, Sazaimah Sai'on mengakui dia dulu juga pernah ditipu bengkel tidak bertanggungjawab.
"Boleh dikatakan rata-rata pemandu wanita kurang tahu mengenai asas penyenggaraan dan komponen basis kenderaan. Sesetengah pemandu menganggap mereka 'ditipu' walaupun sebenarnya tidak kerana tidak diberikan penjelasan sempurna daripada pihak bengkel sendiri.
"Jadi, G-Car Auto Garage cuba mengatasi semua permasalah tersebut. Pemandu wanita tidak perlu lagi risau 'ditipu'. Dan setiap baik pulih dilakukan akan diberikan penjelasan secukupnya supaya pelanggan faham apa yang berlaku.
TERBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK KERETA
G-Car Auto Garage terbuka kepada semua pelanggan tanpa mengira jenama ataupun model kereta. Selain servis, khidmat baik pulih kenderaan turut disediakan.
Buat masa ini pelanggan yang datang ditawarkan promosi servis pada harga serendah RM198 buat pelanggan yang baru kali pertama ke bengkel ini, terdiri daripada caj minyak enjin sintetik penuh, penapis minyak dan upah buruh, termasuk pemeriksaan percuma.
Tawaran paling istimewa ialah perkhidmatan percuma ambil dan hantar kereta pelanggan yang tinggal dalam radius 15km dari bengkel yang terletak di:
- No.1, Jalan Para U8/103, Metropolitan Business Park, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Malah, G-Car Auto Garage turut menawarkan servis minor di rumah. Memang spesial habis! Sebarang maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh hubungi butiran di bawah:
- Tel: 03-7859 0959
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: GCARManufacturer.com.my
Bukan itu saja, G-Car Auto Garage kini turut sedang menjalankan servis promosi bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Ia meliputi;
- Servis kenderaan pada harga serendah RM198 sahaja, membabitkan kos menukar minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak, termasuk upah.
- Cuci kereta secara percuma
- Percuma pemeriksaan keselamatan 15-poin
- Hadiah cabutan bertuah berupakan servis secara percuma bernilai RM250
Ingat, tawaran ini hanya sah sehingga 30 Jun 2018 sahaja. Pastikan kenderaan anda sudah diselenggara sebelum memulakan perjalanan.
Leave a Reply