• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 15 Fakta Pantas | Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Kini di Malaysia, Harga Bermula RM426k

15 Fakta Pantas | Jaguar F-Pace 2.0L Ingenium Kini di Malaysia, Harga Bermula RM426k

April 13, 2018 By Admin PanduLaju 3 Comments

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAGUAR F-Pace 2.0L Ingenium
kini rasmi berlabuh ke pasaran tempatan dalam tiga pilihan varian. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu diumumkan pada Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2015 sebelum disusuli debut pada Pameran Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2015.

Berikut 14 fakta pantas tentang Jaguar  berasaskan kereta konsep Jaguar C-X17 untuk pasaran Malaysia:

1. Ada tiga varian, iaitu Prestige (basis) RM 425,800, R-Sport (pertengahan) RM 476,800 dan R-Sport (premium) RM 498,800. Harga termasuk GST tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan

2. F-Pace dikuasakan enjin petrol 4-silinder 2.0L Ingenium pengecas turbo twin-scroll berkuasa 246hp dan tork 365Nm (1,200rpm) dengan transmisi automatik 8-kelajuan 8HP45 daripada ZF.

3. Enjin F-Pace memenangi Anugerah Enjin Terbaik 2018.

4. Enjin dipadankan ekzos manifold yang berfungsi menyamakan denyutan ekzos daripada dua pasang silinder berasingan untuk mengurangkan efek turbo lag, sekali gus meningkatkan respon enjin.

5. F-Pace ialah model pertama intensif aluminium Jaguar yang dibangunkan berasaskan Arkitektur Aluminium Ringan (Lightweight Aluminium Architecture).

6. F-Pace menggabungkan gaya tulen garisan, permukaan dan perkadaran menerusi ciri yang boleh dilihat dibahagian belakang, lekuk fender dan grafik lampu belakang tersendiri.

7. Gril depan dan bonet maskular dipadankan lampu utama LED penuh tirus, rim 20-inci dan overhang depan yang pendek.

8. Ciri Dinamik Konfigurasi (Configurable Dynamics), F-Pace menawarkan pengalaman pemanduan berbeza mengikut opsyen mod Normal dan Sport yang akan mengubah tetapan respons terotel, transmisi dan stereng.

9. Ciri Dinamik Adaptif (Adaptive Dynamics) turut dibekalkan yang berfungsi mengubah suai kualiti peredaman. Sistem ini akan  menganalisis aktiviti pecutan, belokan, terotel dan pedal brek bagi mengoptimumkan tetapan suspensi.

10. Versi spesifikasi tinggi, F-Pace R-Sport diberikan ciri tambahan Sistem Kamera Keliling 360°, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Bantuan Barisan (Queue Assist) dan kluster instrumen digital penuh 12.3-inci dengan empat tema grafik.

11. Sistem Kamera Keliling 360° dipadankan Panduan Kenderaan Depan (Forward Vehicle Guidance - FVG) untuk paparan visual kenderaan dan jarak parkir, dan Pengesan Trafik Depan (Forward Traffic Detection - FTD) untuk mengelak rempuhan depan.

12. ACC menggunakan teknologi radar bagi mengawal jarak kereta dengan kenderaan depan dalam kelajuan selamat.

13. Paparan Instrument Panel (Panel Instrument Display) didatangkan dengan jarum virtual dan peta 3D skrin penuh. Pemandu boleh memilih paparan skrin penuh peta 3D, atau satu daripada empat tema grafik.

14. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti 5 tahun dan tambahan program Jaguar Care, berupa servis percuma selama 5 tahun atau 65,000 (mana datang dulu) dan bantuan jalanan tiga tahun.

GALERI

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar, Jaguar F-Pace (2018), Jaguar F-Pace 2.0L, Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, Jaguar Land Rover Malaysia, SUV mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my