• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?

Bergelut Sesuaikan Diri dengan Jentera Ducati, Lorenzo Masuk Suzuki?

April 15, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHABAR angin mula tersebar tentang juara MotoGP 5 kali, Jorge Lorenzo mungkin mempertimbangkan masa depannya bersama Suzuki selepas sekali lagi mengalami kesukaran dengan jentera Ducati yang ditunggangnya dalam kejuaraan GP Argentina, minggu lalu.

Lorenzo, 30, khabarnya sedang bergelut menyesuaikan diri dengan Desmosedici, di mana kelemahan utama jentera Ducati itu (di belokan selekoh tengah) ialah kekuatan gaya tunggangan Lorenzo ketika bersama Yamaha dulu. Berikutan kemerosotan prestasi bekas juara dunia itu, timbul desas-desus mengaitkan perpindahan pelumba Sepanyol itu ke kem pasukan Suzuki, musim depan.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: Kenapa Miller Bermula Seorang Diri di Grid Depan?

Bagaimanapun, di sebalik khabar angin dan perlumbaan sukar Ahad lalu, Lorenzo dengan pantas menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan dia masih ada urusan yang belum selesai dengan pengeluar Itali itu.

"Sekali lagi hujung minggu yang malang buat kami, kerana kami bagus dalam (trek) basah dan ada peluang baik dalam (trek) kering, tetapi kelembapan ialah kondisi buruk bagi aku. Kita semua tahu yang aku bergelut mencari had dalam kondisi ini dan mendapatkan rasa selesa dengan (tayar) slik dalam kondisi bercampur.

"Aku masih kekal fokus supaya gandingan antara Ducati dan Lorenzo bakal menjadi, dan aku percaya ia boleh berhasil. Cuma itu  matlamat aku dan satu-satunya fokus aku, dan pengurus aku pula akan buat hal lain apabila tiba masa," kata Lorenzo.

Seandainya benar Lorenzo berpindah pasukan, kekosongan ditinggalkan dalam pasukan factory  Itali itu pastinya tidak mudah diserahkan begitu saja kepada Danilo Petrucci. Perjanjian sedia ada dikatakan membolehkan Lorenzo atau Dovizioso menguarkan lebih awal tentang pasukan baharu yang akan disertai mereka (jika berminat) supaya Ducati sempat mencari pengganti baharu.

SUMBER: MCN

Related

231
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Ducati Team, Jorge Lorenzo, MotoGP, MotoGP 2018, roda2, sukan permotoran, Suzuki, Suzuki Ecstar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev