• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla GR yang Berkuasa, dan Seronok Dipandu Bakal Muncul?

Toyota Corolla GR yang Berkuasa, dan Seronok Dipandu Bakal Muncul?

April 15, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Corolla versi hatchback bakal dibangunkan dengan menumpukan aspek pengalaman pemanduan menyeronokkan. Jadi, bukanlah mengejutkan jika Toyota merancang menghasilkan model kompak itu dalam versi prestasi GAZOO Racing.

GAZOO Racing atau GR ialah divisyen prestasi baharu Toyota. Kaitan rapat dengan divisyen sukan permotoran membolehkan GR mengadaptasi segala apa yang dipelajari Toyota di litar lumba untuk digunakan dalam pembuatan kereta jalanan.

BACA >>> #GIMS2017: Toyota Yaris GRMN (2018), Hot-Hatch Bukan Turbo, Tapi Supercharged 205hp!

Hasilnya ialah produk seperti Yaris GRMN untuk pasaran Eropah dan kini sedang sibuk membangunkan Supra baharu, manakala Corolla GR bakal menjadi projek seterusnya.

BAKAL LARIS DI AUSTRALIA?

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley berkata, Corolla GR dijangka berjaya di pasaran Australia dan jika benar projek itu jadi kenyataan, dia sendiri akan melobi supaya model tersebut dijual di sana. Namun disebabkan Australia berada jauh dari Amerika, Toyota mungkin hanya akan menjual model tersebut di Amerika Utara.

"Kita nampak pada masa akan datang, tidak mustahil kami akan menerima Corolla yang bagus atau jenis kereta lain, dan jika peluang itu muncul menerusi pembangunan GAZOO Racing di sini, kami akan tangan untuk itu.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas | Toyota GR Supra Concept

"Saya suka menyaksikannya secepat mungkin. Tetapi dalam tempoh 3 tahun akan datang, saya tidak akan mengetepikan kemungkinan dan kebarangkalian tentang sesuatu yang akan datang di bawah jenama GAZOO Racing," kata Hanley.

Kemunculan Corolla GR masih jauh, dan itupun jika Toyota memberikan lampu hijau. Namun, ramalan kemunculan produk itu tidaklah mustahil jika mengambil kira kecenderungan pengeluar automotif dari Jepun itu menggandakan aspek  prestasi seperti pembangunan Supra baharu, melantik bekas pelumba Formula Satu (F1), Fernando Alonso untuk memandu kereta lumba dalam kejuaraan Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) FIA, dan mengumumkan program perlumbaan LM GTE untuk Supra.

Jadi, memang ada potensi Toyota mahu menjadikan Corolla baharu yang lebih seronok, nampak sporty, memiliki casis kuat dan dalam transmisi manual.

"Kami teruja tentang GR, dan kemungkinan produk yang ditawarkan untuk masa depan," kata Hanley.

* Foto model ditunjukkan ialah Toyota Corolla iM

GALERI
toyota-corolla-im-3
toyota-corolla-im-8
toyota-corolla-im-1
toyota-corolla-im-6
toyota-corolla-im-5
toyota-corolla-im-2
toyota-corolla-im-4
toyota-corolla-im-7

SUMBER: AutoGuide

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GAZOO Racing (GR), GR, hatchback, kompak hatchback, Roda4, Sean Hanley, Segmen C, Toyota, Toyota Corolla, Toyota Corolla GR, Toyota Gazoo Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev