• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Spesifikasi Asas Range Rover Velar Versi Malaysia Didedah Menjelang Debut Rasmi

Spesifikasi Asas Range Rover Velar Versi Malaysia Didedah Menjelang Debut Rasmi

April 16, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAGUAR Land Rover Malaysia sebelum ini ada mendedahkan spesifikasi dan ciri menarik model Range Rover Velar untuk pasaran tempatan. Ini pula antara maklumat terkini mengenai model tersebut menjelang perincian penuh pada majlis pelancaran sekitar bulan ini.

Velar menawarkan prestasi terbaik menerusi enjin Ingenium P250 yang dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan ZF dalam sistem pacuan semua roda (AWD) dengan teknologi Intelligent Driveline Dynamics yang bakal menawarkan pengalaman pemanduan mengujakan dan kehalusan prestasi dalam sebarang kondisi rupa bumi.

CIRI PREMIUM TERBAIK

Velar versi Malaysia bakal tampil dengan ciri lampu depan LED penuh, hendal pintu rata trendy dan rim 21-inci penuh bergaya. Ruang kabin Velar dihidangkan sistem infotainment Touch Pro Duo dengan skrin sentuh 10-inci definisi tinggi (HD) bersama antaramuka futuristik, elegan dan intuitif.

Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, kenderaan utilitik sukan (SUV) saiz pertengahan premium itu dilengkapkan paparan dongak (HUD), kluster instrumen virtual TFT, kamera keliling 360°, bukaan pintu but menggunakan isyarat fizikal, dan Bantuan Suluh Tinggi Pintar (HBA-i). Kekuatan casis dipertingkat menerusi penggunaan platform monokok intensif aluminium daripada Arkitektur Aluminium Ringan Jaguar Land Rover.

Selain berat badan ringan, material digunakan juga dipadankan sistem suspensi wishbone berganda di depan dan Integral Link di belakang. Demi ketenangan minda, Velar menawar segudang ciri keselamatan yang terdiri daripada 6 beg udara dan teknologi terkini sistem bantuan pemanduan seperti teknologi pandu arah satelit Pro Navigation System dan Pengehad Kelajuan Kawalan Jelajah (Cruise Control Speed Limited - CCSL).

Related

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar Land Rover Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Land Rover, Range Rover, Range Rover Velar, Roda4, SUV, SUV kompak premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev