• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sebelum Undi PRU14, Undi Dulu Nama SUV Proton Baharu! Sudah 69k Undian Diterima!

Sebelum Undi PRU14, Undi Dulu Nama SUV Proton Baharu! Sudah 69k Undian Diterima!

April 12, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


ADAKAH anda masih belum mengundi? Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada sejarah nama model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton.  Masih ada lagi masa untuk turut serta.

Menurut Proton, ada lebih 69,000 undian diterima menerusi Facebook setakat ini. Sementara itu, capaian video pula mencecah lebih 165,000 tontonan dengan perkongsian melibatkan 1,000 pengguna mengenai status undian tersebut di profil Facebook masing-masing. Ini secara tidak langsung mempengaruhi kenaikan jumlah undian.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengundi yang terlibat dalam kempen undian, baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada peserta. Perlu diingatkan, ini bukan BRIM.

BACA >>> #PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami..

Lima pemenang akhir yang memberikan maksud kreatif di sebalik nama diundi akan menerima undangan eksklusif ke majlis pelancaran dan menjadi antara orang terawal memandu uji SUV tersebut di litar ujian Proton di Shah Alam.

Orang ramai juga diberi pilihan mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Jika nama diberikan itu terpilih, pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai untuk dua orang termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.

Jangan tunggu lagi kerana tarikh tutup undian akan berakhir hujung bulan ini, dan nama pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV berkenaan. Cepat!

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely Auto, Geely Boyue, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Model Suv Proton, nama SUV Proton baharu, Proton, Roda4, SUV, Undi Nama SUV Proton

Comments

  1. Erol Muhd says

    April 16, 2018 at 12:45 PM

    PROTON GEMILANG

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev