• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Dominar 400 Lancar Rabu Depan!

Modenas Dominar 400 Lancar Rabu Depan!

April 13, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ARTIKEL sebelum ini kami ada menyiarkan foto spyshot Dominar 400 di Malaysia, termasuk pengalaman menunggang uji model tersebut di India. Ketibaan model Bajaj itu hampir ke penghujung apabila terbaharu Modenas menghantar e-mel jemputan ke majlis pelancaran Dominar 400 dengan slogan, 'Born To Sprint. Build To Tour. Capture It All'.

Cuma perlu menunggu tidak sampai seminggu saja lagi tarikh pelancaran rasmi jentera flagship Bajaj itu, iaitu pada hari keramat, Rabu depan, 18 April.

Di India, Bajaj Auto baru saja memperkenalkan Dominar 400 edisi 2018 pada Januari lalu dengan menampilkan perubahan kosmetik, manakala aspek mekanikal kekal sama. Naked bike itu menerima perubahan visual dengan skema warna baharu, iaitu Rock Matte Black (hitam), Canyon Red (merah) dan Glacier Blue (biru), manakala kowl bawah atau 'bajak' kini didatangkan dengan warna badan berbanding plastik hitam, termasuk rim aloi emas.

BACA >>> Modenas Dominar 400 Lancar Bulan Depan?

Adakah Modenas akan membawa masuk versi 2018 di India ke pasaran tempatan? Sebagai pembakar semangat, sekarang mari kita lihat perincian Bajaj Dominar 400 versi negara Asia Selatan itu.

Bahagian mekanikal Dominar 400 menggunakan enjin silinder tunggal daripada KTM 390 Duke bersesaran 373.3cc penyejukan cecair berkuasa 34hp dan tork 35Nm, yang dipadankan kotak gear 6-kelajuan dengan bantuan klac sliper.

Apa berbeza, Dominar 400 menggunakan jenis enjin SOHC DTS-i dengan tiga palam pencucuh, sama seperti Pulsar. Ini bagi mendapatkan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan gaya tunggangan lebih santai serta hantaran kuasa linear. Gaya Dominar diserlahkan menerusi lampu depan LED unik, visor pengadang angin kecil dan kluster instrumen digital.

BACA >>> Modenas Bakal Perkenalkan Dominar 400 Tahun Ini, Harga Sekitar RM18,000?

Karakter garis pada tangki minyak boleh dilhat hingga ke belakang. Bajaj  memilih rekaan ringkas tanpa elemen lekuk minimal. Dominar versi India juga dikatakan lebih menyerlah berbanding produk Bajaj lain kerana kualiti kemasan akhir.

Dominar 400 versi negara asal model itu turut didatangkan dengan opsyen ABS dan tanpa ABS pada harga bermula ₹141,611 (RM8,418). Khabarnya, harga model itu di Malaysia di bawah RM20,000.

Sama-sama kita nantikan. Apa kata layan dulu iklan komersial Bajaj Dominar 400 yang kelihatan seperti memerli pesaing, Royal Enfield. Nakal juga caranya.

Related

986
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bajaj, Bajaj Auto Ltd, bajaj dominar 400, bajaj modenas, Modenas, Modenas Dominar 400 Sports Tourer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my