SELEPAS insiden di selekoh ke-13 dan tamat perlumbaan, Marc Marquez di kaca televisyen dilihat terus menuju ke kem kekanda Valentino Rossi untuk memohon maaf tetapi ditolak Yamaha yang menyatakan kedatangan pelumba Honda itu tidak diundang kerana dibuat bukan pada masa sesuai.
“Ia cuma lawak dan PR,” kata Rossi, bengang.
“Pertama, dia tak ada telur untuk datang ke ofis aku seorang diri. Seperti biasa, dia datang dengan pengurusnya, dengan Honda, di depan kamera kerana apa yang penting bagi dia ialah; dia tak peduli tentang kau, dia tak peduli.
“Aku tak mahu cakap dengan dia. Aku tak mahu dia dekat dengan aku sebab aku tahu apa dia cakap kepada aku tak betul," tegas Rossi.
Apabila disoal adakah Rossi akan menerima permohonan maaf Marquez, dengan nada tegas Rossi membalas;
"Tak, dia tak akan datang dan aku harap dia cukup cerdik untuk tidak datang," katanya.
MARQUEZ MEMANG SENGAJA, BUKAN TERSILAP
Rossi menyatakan tindakan Marquez jelas kesalahan besar kerana sikap tidak semenggahnya itu memusnahkan sukan permotoran dan langsung tidak menghormati lawan dalam trek. Ini kerana katanya, apabila menunggang 300kmj atas trek, setiap pelumba perlu menghormati pesaing dan berlumba semaksimum mungkin, tetapi tindakan Marquez memusnahkah semangat sukan permotoran.
"Dia buat ada tujuan. Itu bukan kesilapan kerana dia serang kaki, antara kaki dan motor kerana dia tahu dia takkan jatuh, tapi kau yang jatuh. Dia harap kau jatuh," kata kekanda Rossi dengan mata kemerahan menahan amarah.
* Gaya bahasa sengaja diolah dan disunting tanpa memalsukan fakta sebenar untuk kesan dramatik. Harap maklum.
SUMBER: FoxSports
Man says
Marquez memang takda telur (ovum), tapi ada testis.. kahkahkahkah! Krik krik krik... ok.. not funny!