MASIH ingat lagi insiden menimpa Jorge Lorenzo dalam pusingan pertama kejuaraan MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar beberapa minggu lalu? Ketika lap ke-12, Lorenzo terpaksa melompat daripada motosikal untuk mengelak menghentam tembok sebelum tergolek atas permukaan kerikil dalam kelajuan 180kmj.
Ketika di bawa ke garaj, krew mendapati salah satu pad brek hilang sebelum alat ganti itu ditemui terjatuh di lokasi kejadian. Beberapa hari selepas kejadian, Pengurus Pasukan Ducati, Davide Tardozzi tampil berkata, Ducati menaruh kepercayaan tinggi terhadap Brembo berdasarkan kerjasama yang terjalin lama.
"Bagi pihak kami, kami menolak sebarang kesilapan disebabkan pemasangan, itu bukti bodoh," katanya, bergurau.
Terkini, Brembo, sebagai pembekal brek kepada semua pasukan MotoGP, menyiarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Lorenzo atas insiden berlaku. Brembo mendakwa sudah mengenal pasti punca kejadian berkenaan dan memberi jaminan keadaan sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Sayangnya, Brembo tidak menjelaskan lebih terperinci sebab kepada pad brek depan motor Lorenzo boleh tercabut keluar. Sedikit mengecewakan selepas menunggu beberapa minggu setidaknya Brembo mengeluarkan beberapa maklumat berkaitan masalah yang terjadi.
Leave a Reply