• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loncin GP300 - 'Ducati Panigale Mini' Terbaharu dari China

Loncin GP300 - 'Ducati Panigale Mini' Terbaharu dari China

April 2, 2018 By ZY 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MACAM pernah kulihat, tapi di mana ya?"

Mungkin anda belum kenal nama ini, tetapi Loncin ialah antara pengeluar motosikal dari China yang mampu menghasilkan jentera dua roda dengan rekaan tersendiri, bukan klon, ciplak atau plagiat daripada mana-mana jenama luar.

Lihat saja sportbike aras mula atau entry-level yang  dilancarkan pengeluar itu pada penghujung Mac lalu. Rupanya tampak seakan mirip superbike terkenal Itali, tetapi jika diteliti lebih dekat, model itu memang tampil dengan rekaan tersendiri.

BACA >>> #BIMS2018: Streetbike GPX Razer 220 Lancar di Thailand ฿69,500 (RM8.6k) Sahaja

Loncin GP300 ialah sportbike fairing penuh aras mula yang didatangkan dengan enjin silinder tunggal 4-lejang, 292cc penyejukan cecair.

Bersama suntikan bahan api dan dihubungkan kepada transmisi 6-kelajuan, agak mengecewakan apabila angka kuasa yang dinyatakan pengeluar cuma 29hp @ 8,500rpm, dan tork 25Nm @ 7,000rpm; cuma setanding jentera 250cc dengan sesaran enjin lebih rendah.

Bagaimanapun, kekecewaan itu mungkin mampu diubati dengan ciri yang tiada pada model sekelas lain seperti lampu utama dan brek LED penuh, panel meter LCD, swingarm 'alien' (ya, rujuk sendiri spesifikasi rasmi) dan tangki bahan api berkapasiti 16 liter.

Jika itu masih tidak meyakinkan, Loncin GP300 khabarnya bakal ditawarkan pada harga sangat rendah, iaitu sekitar RM12,000 sahaja. Malangnya, kepada anda yang mungkin berminat, maaflah, 'Ducati Panigale mini' ini cuma ditawarkan untuk pasaran Eropah.

Berita baik? Mungkin masih ada harapan (walaupun tipis) untuk motosikal ini dibawa ke pasaran tempatan.

DEMON 150GR VERSI DEWASA?

Loncin GP300

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi, GPX Thailand yang sebelum ini 'bikin kecoh' dengan GPX Demon 150GN dan Gentleman 200 yang khabarnya bakal dibawa masuk ke Malaysia, berkemungkinan besar menjadi pengedar utama jenama Loncin untuk pasaran Asia Tenggara. Ini jelas dapat dilihat pada rekabentuk Loncin GP300 yang sangat mirip 'Panigale Mini' buatan GPX itu, iaitu Demon 150GR.

BACA >>> GPX Demon 150GN & Legend Gentleman 200 Sah Masuk Malaysia Awal 2018!

Soalnya, bilakah model itu akan menjengah masuk? Terbaharu, GPX baru saja melancarkan streetbike Razer 220 yang kami jangka dijenamakan semula daripada salah satu streetbike Loncin, LX250-15 CR4.

Mungkinkah GP300 juga bakal menyusul tidak lama lagi? Nantikan pengumuman seterusnya.

SUMBER: Loncin Industries

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Demon 150GN, Demon 150GR, Ducati, Ducati Panigale, GPX Gentleman 200, Loncin, Loncin GP300, Loncin LX250, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev