• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: Kawasaki KX450F (2019) Diuji, Kini Prototaip Jentera Lumba Motocross Jepun

#Spyshot: Kawasaki KX450F (2019) Diuji, Kini Prototaip Jentera Lumba Motocross Jepun

April 1, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


KAWASAKI dikesan sedang menguji jentera lumba KX450F (2019) di Jepun dengan menampilkan beberapa pengemaskinian terbaharu seperti rupa badan baharu, penghidup elektrik dan paling ditunggu, enjin serba baharu.

Sebagai persediaan musim Motocross Seluruh Jepun 2018, pasukan kilang Kawasaki akan mengambil bahagian dalam beberapa siri perlumbaan tempatan menggunakan jentera lumba rekaan semula, KX450F-SR yang khabarnya akan menjadi rupa asas kepada model pengeluaran KX450F (2019).

Pengeluar Jepun secara tradisi akan memperkenalkan model baharu pada siri Seluruh Jepun sebelum disusuli model pengeluaran yang akan digunakan dalam pelbagai siri perlumbaan motocross peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti AMA Motocross dan Supercross dan FIM MXGP.

Di bawah ini ialah KX450F-SR baharu (klik imej untuk zum foto) yang bakal menjadi KX450F (2019) baharu:

そんなワケでKX-FSRキックいませんでした画像。わりとしっかり存在を主張してた。あと油圧クラッチ? pic.twitter.com/jyssqEYVJn

— やへー (@yahey772) 18 March 2018

Sebagai perbandingan, di bawah ini ialah KX450 (2018), iaitu model sedia ada:

KX450F-SR ialah jentera lumba pra pengeluaran, jadi ada beberapa perincian tidak akan sama dengan KX450F (2019). Komponen seperti suspensi, gegancu, dan ekzos mungkin berbeza daripada model pengeluaran. Bagaimanapun, enjin, casis dan badan akan serupa dengan versi pengeluaran dan di sinilah apa yang sepatutnya kita berikan perhatian.

小方誠選手 pic.twitter.com/5fgcHbDglo

— やへー (@yahey772) 19 March 2018

Sekali imbas, jelas model itu menggunakan enjin baharu. Rupa silinder nampak kecil dan kepala silinder jelas besar. Di sebelah kanan, F-SR baharu tiada penghidup tendang (kickstarter). Bahagian itu digantikan Kawasaki dengan palam isi minyak (penutup hijau cerah).

Bagi mengesahkan lagi pengenalan enjin baharu itu, agensi California Air Resources Board ada mengeluarkan dokumen pengesahan pelekat merah untuk KX450F (2019), dengan menyebut nama kod enjin sebagai 'KX450J'. Huruf akhir (J) jelas berubah yang biasanya merujuk kepada enjin yang dikemas kini.

Model sedia ada, KX450F (2016-2018) membawa kod enjin 'KX450H', semua huruf dan nombor masih sama, cuma huruf 'H' dihujung tidak disusuli 'I', sebaliknya digantikan 'J' (mungkin kerana I dikhuatiri membuatkan ramai keliru dengan huruf 'L' kecil).

Sebelum H, kod enjin generasi sebelumnya ialah 'KX450E' (2009-2011 dan 'KX450F' (2012-2015).

新井宏彰選手 pic.twitter.com/BSkgAWvhzc

— やへー (@yahey772) 19 March 2018

Perubahan lain yang dapat dilihat ialah pelana rata, swingarm baharu dan frem diperbaharui. Rupa subfrem belakang nampak jelas, tetapi mungkin berbeza untuk versi pengeluaran.

Kawasaki biasanyan akan mendedahkan maklumat tentang barisan motocross terbaharu pada awal Jun nanti. Jadi, pengumuman tentang KX450F (2019) mungkin sekitar bulan sama. Adakah ini berita baik buat peminat dirt bike?

SUMBER: Motorcycle.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2018 All-Japan Motocross, dirt bike, Kawasaki KX450F (2019), motocross, Motocross Seluruh Jepun 2018, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev