• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah, Pilihan Geely Sangat Tepat - Pengedar

Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah, Pilihan Geely Sangat Tepat - Pengedar

March 30, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

552
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


"SAYA cukup kagum melihat fasiliti yang Geely ada. Proton memilih rakan kongsi yang tepat, saya yakin masa depan kami sebagai pengedar akan cerah."

Itulah apa diluahkan salah seorang pengedar Proton, Ha Yi Wei daripada Juara Mulis Motor Sdn Bhd selepas berpeluang melawat Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou Bay, China, baru-baru ini.

Yi Wei ialah antara 33 pengedar Proton dari Malaysia yang dibawa ke China untuk mengunjungi kemudahan dan perkembangan teknologi terkini milik Geely. Lawatan itu juga bertujuan memberikan perspektif luas kepada semua pengedar Proton mengenai kemampuan pengeluar automotif dari Negara Tembok Besar itu selain melihat model akan datang yang bakal dikeluarkan.

BACA >>> Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi

TEKNOLOGI TERKINI GEELY

Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah

Selain GRI, semua pengedar turut dibawa melawat pusat pameran INTEC bagi menyaksikan kehebatan teknologi terkini Geely seperti G-Power, G-Safety, G-Blue, G-Netlink dan G-Pilot.

G-Power asasnya, meliputi pembangunan trenkuasa dan enjin. G-Safety pula menumpukan kepada peningkatan keselamatan berdasarkan enam tahap: keselamatan pemanduan, sistem bantuan pemandu, maklumat bantuan dan amaran keselamatan, sistem keselamatan aktif, keselamatan perlanggaran, penggera dan penyelamat kemalangan.

Teknologi G-Blue pula merangkumi teknologi kereta ringan, pengurangan penggunaan bahan api dan pemancaran serta pembangunan kereta tenaga baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Hibrid Plug-in (PHEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).

Pembangunan sistem pula, Geely menggunakan G-Netlink untuk membantu mewujudkan persekitaran pemanduan lancar, lengkap dengan panduan maklumat dan rekabentuk kunci kereta maya seperti kereta tanpa kekunci yang  boleh diaktifkan menerusi telefon pintar.

Teknologi G-Netlink juga sudah dilengkapkan pada model Borui, sebuah sedan dikeluarkan Geely. Akhir sekali, teknologi G-Pilot menggambarkan masa depan bagi pemanduan autonomi.

BACA >>> Jawapan Proton: Benarkah Pengedar Bumiputera Diabaikan? 

KAGUM DAN YAKIN PROTON MILIKI MASA DEPAN CERAH

Seorang lagi pengedar Proton daripada Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, Nur Shazzani Ahmad Shukri turut berkongsi pandangan sama.

Nur Shazzani berkata, dia terus yakin sebaik saja melihat jenis model yang bakal dikeluarkan Proton menerusi rakan strategik bersama itu.

"Ini jelas menunjukkan Geely ada teknologi hebat, keupayaan syarikat itu memang sangat maju dan futuristik.

"Selain itu, Geely juga ada pasukan pekerja profesional dan mempunyai bakat terbaik daripada seluruh dunia yang bekerja untuk membangunkan kereta teknologi tinggi masa depan," katanya lagi.

BACA >>> Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik - Ryan Lai

GALERI

Yakin Masa Depan Proton Lebih Cerah
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat
Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat

 

Related

552
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely, Ha Yi Wei, Juara Mulis Motor Sdn Bhd, Nur Shazzani Ahmad Shukri, Pengangkutan Sedar Sdn Bhd, Proton, rakan kongsi proton, Yakin Masa Depan Proton Cerah & Geely Pilihan Tepat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my