• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Isuzu ELF Serba Baharu (2014)

PREVIU: Isuzu ELF Serba Baharu (2014)

April 26, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1190486

ISUZU Malaysia terus mengorak langkah mengukuhkan kedudukan dalam industri pengangkutan trak komersial menerusi pelancaran barisan N-Series serba baharu. Dikenali sebagai Isuzu ELF, trak generasi keenam ini adalah model baharu sepenuhnya meliputi rekabentuk, platform, casis, enjin dan kosmetik.

ELF hadir dengan tiga model pilihan, NLR untuk empat tayar, NPR (6 tayar) dan NQR (6 tayar) yang dijual antara RM92,593 hingga RM105,923. Direka dengan kemampuan mengangkut muatan maksimum, ketiga-tiga model trak memiliki ciri rekaan termaju yang menawarkan nilai tambah kepada pengguna.

P1190485

P1190478

Berbanding generasi terdahulu, ELF menerima penambahbaikkan ketara termasuklah aspek keselesaan, ruang, prestasi, enjin dan keselamatan. Ia juga trak tugas ringan pertama di Malaysia yang menepati piawaian ketat standard keselamatan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah (UNECE).

KOMITED DAN YAKIN

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kimitoshi Kurokawa berkata, pengenalan trak terbaru ini jelas membuktikan komitmen syarikat dalam usaha menambahkan lagi barisan trak komersial demi memenuhi permintaan pasaran semakin tinggi.

" Rekaan termaju, kejuruteraan mengagumkan dan ciri berorientasikan pemandu yang cemerlang memastikan Isuzu ELF terus menjadi trak pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

" Saya yakin Isuzu ELF akan terus menguasai carta jualan dan kekal menjadi trak tugas ringan kegemaran ramai. Kami menyasarkan penjualan 6,500 unit bagi segmen trak tugasan ringan sehingga hujung tahun ini dengan sasaran jualan 1,500 unit bagi model ELF," katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu, Daisuke Ishida dan Ketua Jurutera Trak Tugasan Ringan, Yuichi Ishida dan Ahli Lembaga Pengarah Isuzu Motors Limited, Ryozo Tsukioka.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1-300-88-1133, 500 unit, Isuzu, Isuzu ELF, Isuzu Malaysia, Isuzu N-Series, Sasar 1, www.isuzu.net.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my