AGAK lama berdiam diri, akhirnya Modenas kembali merancakkan segmen dua roda dengan memperkenalkan model terbaharunya, CT115S.
Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Tan Sri Mohd Khamil Jamil sambil disaksikan Ketua Pegawai Operasi, Pengedaran Automotif dan Pengilangan, DRB-HICOM Berhad, Datuk Radzaif Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir.
100 PERATUS DIBANGUNKAN MODENAS
Untuk makluman, CT115S adalah model baharu dalam varian model CT yang dibangunkan 100 peratus oleh unit Penyelidikan dan Pembangunan Modenas di Gurun, Kedah. Walau bagaimana, ruangan enjin bersesaran 114.8cc mendapat kerjasama daripada pihak Kawasaki untuk memastikan ia lebih efisien dan jimat bahan api.
REKABENTUK SPORTY
Setelah mengambil kira pandangan dan kehendak pengguna, CT115S tampil dengan rekabentuk lebih sporty dan ranggi. Lihat dari pandangan tepi, ia seakan mempunyai DNA Yamaha LC. Anda rasa?
Dengan mensasarkan golongan muda berumur dari 16 hingga 35 tahun, CT115S menggunakan suspensi “Mono” yang boleh diubah sebanyak lima tahap mengikut gaya dan keselesaan tunggangan.
Antara ciri terbaharu pada model moped ini adalah kehadiran pengecas elektronik serbaguna yang terletak di bawah kerusi.
Modenas menyasarkan penjualan sebanyak 1,500 unit sebulan, CT115S dijual pada harga RM5,330 (tidak termasuk insurans dan GST). Ia jug didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000km (mana-mana tiba dahulu).
Apa pandangan anda mengenai model terbaharu Modenas ini?
johans says
modenas ni depan dh ckup smart..bhg blkg huduh teramat..design lampu..ini mengagalkan cts 115 nih berbanding dash dan legenda..aku pilih dash
Johnny says
Nasib baik awk tk jadi engineer modenas, kalu awk jdi engineer modenas mgkin design & engin motor mantap..
Anak Malaysia says
Jenama tempatan mestilah kita sokong jgn lah kutuk buatan Malaysia...klau X sokong duduk lah Di negara lain...