• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Netflix Bakal Siar Dokumentari 10 Episod Tentang Formula Satu (F1), Tahun Depan

Netflix Bakal Siar Dokumentari 10 Episod Tentang Formula Satu (F1), Tahun Depan

March 29, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT hiburan multinasional, Netflix bakal menayangkan siri dokumentari khas Formula Satu (F1) 2018 yang dijangka disiarkan tahun depan. Siri 10 episod itu akan membawa penonton meninjau suasana kokpit, dan padok, termasuk merasai pengalaman secara langsung yang dialami pelumba dan mereka yang bekerja di sebalik F1.

F1 bersetuju memberikan akses eksklusif kepada Netflix untuk mendekati pemandu F1, ketua pasukan, pemilik dan pasukan pengurusan sukan perlumbaan kereta paling berprestij dunia itu.

Dokumentari tersebut diarahkan pemenang Anugerah Academy, James Gay Rees, yang juga pernah menghasilkan dokumentari khas tentang kisah hidup pelumba legenda F1, Ayrton Senna. Selain itu, pengarah bersama, Paul Martin daripada Box to Box Films bersama pengacara, Sophie Todd turut terlibat dalam pembikinan dokumentari bersiri itu.

BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

Pengarah Urusan Operasi Komersial F1, Sean Bratches berkata, F1 kini dalam usaha mempromosikan kejuaraan antarabangsa itu daripada sekadar syarikat sukan permotoran kepada jenama media dan hiburan.

Menurutnya, perjanjian dengan Netflix ialah antara platform paling sesuai digunakan untuk menceritakan kisah-kisah menarik di sebalik tabir F1.

"Inilah perspektif sukan yang belum didedahkan kepada peminat seluruh dunia. Siri ini menjadi tapak terbaik untuk sukan tersebut yang akan menggembirakan peminat dan menjadi pemangkin bagi menarik peminat baharu," kata Bratches.

SUMBER: AutoGuide

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Ayrton Senna, dokumentari, F1, F1 2018, Formula One (F1), Formula Satu (F1), James Gay Rees, Netflix, Roda4, Sean Bratches

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev