• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Kembali ke Amerika, TNT 135 Hulur Salam Perkenalan

Benelli Kembali ke Amerika, TNT 135 Hulur Salam Perkenalan

March 26, 2018 By admin.pandulaju 4 Comments

435
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lenyap beberapa tahun di Amerika Syarikat (AS), Benelli kini mempunyai pengimport baharu, Benelli USA, yang menjadi sebahagian SSR Motorsports di Greensboro, North Carolina. Benelli pertama yang akan dilancarkan ialah model bersesaran 135cc - Benelli TNT 135 (2018).

Benelli TNT 135 (2018) ialah pesaing kepada Honda Grom dan Kawasaki Z125 Pro. Menariknya, TNT 135 menawarkan lebih ciri pada harga lebih rendah berbanding dua model pesaing itu. Naik taraf paling ketara ialah enjin bersesaran 135cc yang memberikan kelebihan kuasa 8 peratus mengatasi Grom dan Z125.

LEBIH KUASA, TORK BERBANDING PESAING

2018-Benelli-TNT-135-2
2018-Benelli-TNT-135-1

Bagi meningkatkan tork, TNT 135 memiliki lejang (stroke) yang lebih panjang. Benelli mendakwa model mini moto atau fun bike itu menawarkan kuasa kuda tertinggi dalam kelasnya, iaitu 13hp pada 9000rpm dan tork 10.85Nm (7000rpm).

Enjin TNT 135 daripada jenis penyejukan cecair, 4 injap dengan percikan api kembar (twin spark) SOHC dan turut dibekalkan penyejuk minyak dan penapis minyak. Seperti Grom dan Z125, TNT 135 ini dilengkapkan sistem suntikan bahan api, dan badan terotel 28mm. Sebagai tambahan, model ini dipadankan transmisi 5-kelajuan, juga lebih baik daripada Grom dan Z125 yang cuma 4-kelajuan.

BACA >>> Benelli TNT 135 Motosikal Fun Bike EEV Pertama Diperkenalkan - Harga RM7,990

Casis TNT 135 bercirikan sofistikated dengan frem trellis, tiub fork lebih besar berukuran 41mm, dan jarak tayar belakang lebih panjang berbanding model pesaing.

MINI MOTO GAYA ITALI

2018-Benelli-TNT-135-7
2018-Benelli-TNT-135-8
2018-Benelli-TNT-135-6
2018-Benelli-TNT-135-10

Rekaan gaya sudah semestinya menampilkan gaya Itali. Rekabentuk ekzos kembar organ-pipe kelihatan seakan ekzos MV Agusta. Frem trellis juga nampak hebat, dan bahagian ekor lebih bersih kerana rekabentuk fender wheel-hugging. Pencahayaan LED digunakan secara menyeluruh untuk model ini.

BACA >>> Benelli TNT 135 LE Tampak Gah & Garang - Harga Pula Lebih Mahal, RM9,988!

Mengejutkan buat peminat Benelli di AS, harga ditawarkan Benelli USA untuk TNT 135 cuma AS$2,499 (RM9,752), jauh lebih murah berbanding Grom, AS$3,349 (RM13,069), dan Kawasaki Z125 Pro AS$3,199 (RM12,484).

Mungkin ada tidak tahu yang TNT 135 juga ada di pasaran Malaysia, dibawa masuk MFORCE Holding Sdn Bhd pada Februari lalu dengan harga RM9,988, tidak jauh berbeza dengan versi AS. Rekaan grafik TNT 135 Malaysia tampil lebih dramatik, manakala versi AS agak minimalis.

GALERI
2018-Benelli-TNT-135-1
2018-Benelli-TNT-135-2
2018-Benelli-TNT-135-3
2018-Benelli-TNT-135-4
2018-Benelli-TNT-135-5
2018-Benelli-TNT-135-6
2018-Benelli-TNT-135-7
2018-Benelli-TNT-135-8
2018-Benelli-TNT-135-9
2018-Benelli-TNT-135-10

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

435
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, benelli tnt 135, Benelli USA, fun bike, Itali, mini moto, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev