• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 7 Fakta Pantas Volkswagen Touareg (2018) Serba Baharu, Lancar di Beijing

7 Fakta Pantas Volkswagen Touareg (2018) Serba Baharu, Lancar di Beijing

March 25, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Touareg (2018) serba baharu diperkenalkan secara rasmi di Beijing, China dan dikatakan sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling maju dari segi teknikal pernah dikeluarkan pengeluar automotif dari Jerman itu. SUV saiz pertengahan mewah tersebut dijadualkan di pasaran menjelang musim panas ini.

Menampilkan rekabentuk ekspresif yangd diilhamkan daripada model konsep, Volkswagen W T-Prime Concept GTE yang dipamerkan pada Auto China 2016, Touareg (2018) mengetengah beberapa pembaharuan seperti berikut:

1. Volkswagen merekabentuk semula dimensi yang kini 77mm lebih panjang, 44mm (lebar) dan 7mm (rendah), manakala jarak roda (wheelbase) ditingkatkan 1mm yang menyumbang kepada dinamik kenderaan lebih baik.

2. Masih mengekalkan profil SUV 5-kerusi, Touareg (2018) menampilkan gril krom yang bersambung terus ke lampu utama IQ.Light - LED matrix dan dipadankan sistem kawalan pencahayaan interaktif untuk pemanduan malam. Lampu utama turut dilengkapi 128 unit LED.

3. Bahagian sisi menampilkan garis panjang yang menjalar sepanjang badan kereta, dan gerbang roda maskular bersama padanan rim 21-inci. Belakang Touareg (2018) terserlah lampu LED unik bentuk L dengan lambang  'Touareg' tersergam di tengah but bersama dual ekzos krom di kiri dan kanan difuser.

new-touareg-white-details-23
new-touareg-white-details-26
new-touareg-white-interior-7

4. Ruang kabin turut berubah menerusi papan pemuka dwi paparan Innovision Cockpit, terdiri daripada kluster instrumen virtual 12-inci dan skrin tengah 15-inci yang memaparkan sistem infotainment Discovery Premium berasaskan MIB2+ High.

5. Tidak ketinggalan ciri baharu paparan dongak (HID) - 217mm x 88mm - yang dipancarkan terus ke cermin depan turut ditawarkan. Ciri lain dalam kabin termasuk kerusi depan boleh laras dengan fungsi urut pneumatik baharu, bumbung panoramik gelungsur (terbesar dalam barisan model Volkswagen), pencahayaan LED 30 warna dan perincian kemasan kayu, kulit, aluminium dan krom.

6. Dibina berasaskan platform MLB-Evo, Touareg (2018) didatangkan dalam 3 varian enjin: hibrid, V6, dan V8. Volkswagen juga menawarkan versi sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION sebagai standard yang menampilkan Kawalan Aktif 4MOTION dengan dua mod pemanduan utama, iaitu atas jalanan dan off-road:

  • Jalanan - Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual
  •  Off Road - Snow, Off-Road Auto, Sand, Gravel dan Off-Road

7. Saiz but 113 liter dan boleh ditingkatkan kepada 810 liter, manakala ciri teknikal lain termasuk kawalan peredam elektronik (electronic damping control - EDC), elektromekanikal, imbangan oleng aktif (active roll compensation - eAWS) dan kawalan semua roda.

GALERI

Related

197
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV saiz pertengahan mewah, Volkswagen, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Volkswagen Touareg (2018)

Comments

  1. Amran says

    March 26, 2018 at 10:25 AM

    Harga cbu ke malaysia brader? Mmmmm....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev