• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

Inilah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih Honda BR-V

March 29, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan tahun lalu, rasanya kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat kelibat Honda BR-V di atas jalan raya. Pernah sekali dalam perjalanan menuju Utara tanah air, setiap minit pasti terserempak dengan model crossover subkompak ini.

Daripada tinjauan rambang secara pandang-pandang itu pun kita sudah sedia maklum tentang populariti BR-V jika mahu dibandingkan model lain yang seangkatannya dalam segmen kenderaan famili dengan 7 tempat duduk.

Jadi, memang tidak mengejutkan kalau Honda Malaysia mendakwa BR-V mendapat sambutan hangat dengan mencatatkan rekod jualan 19,000 unit yang menyumbang 16 peratus kepada jualan keseluruhan tahun lalu. Malah, BRV bukan saja mendapat tempat di hati pembeli urban, tetapi juga menjadi pilihan pembeli bandar kecil dan luar bandar.

Apakah rahsianya? Kenapa BR-V jadi pilihan ramai? Mungkin 5 sebab ini yang membuatkan crossover itu disukai ramai pembeli Malaysia.

1. BERDUA, BERLIMA ATAU BERTUJUH TETAP SELESA

honda br-v 2017
Antara ciri paling istimewa  BR-V ialah kabin penumpang luas yang mampu memuatkan tujuh penumpang dewasa dengan selesa. Jadi, tidak perlu lagi bersempit hendak pulang ke kampung, bercuti atau berjalan jauh. Penumpang dengan ketinggian 6 kaki atau 180sm juga dapat duduk selesa dalam BR-V di kerusi baris kedua.

2. PERGI KE MANA SAJA

honda-br-v-test-drive-malaysia-9
honda-br-v-test-drive-malaysia-2
honda-br-v-test-drive-malaysia-16

'Versatil Untuk Semua' bukan sekadar slogan semata-mata. Bagi kami, inilah salah satu sebab kenapa pembeli luar bandar atau bandar-bandar kecil memilih Honda BR-V. Jarak kelegaan tanah tinggi (201mm), yang menjadi ciri tipikal kenderaan utiliti sukan (SUV), memang membantu kereta ini meredah permukaan jalan tidak rata, berbonggol atau tidak berturap sempurna. Malah penggunaan rim 16-inci memantapkan kestabilan crossover ini stabil yang membuatkan ia selesa dipandu dalam kelajuan tinggi.

Tidak keterlaluan mengatakan BR-V memang boleh dibuat kenderaan ke kebun atau dusun kecil. Tiada masalah asalkan laluan ditempuhi tidaklah melampau ekstrem kerana ini bukan kenderaan pacuan semua roda (AWD). Selain itu, jarak kelegaan tanah tinggi juga beri sedikit kelebihan ketika mahu meredah banjir cetek atau memanjat pembahagi jalan. Tidak perlu risau badan kereta disagat divider! Tetapi kalau kena saman, sendiri mahu ingat. 😛

3. RUANG BUT LUAS

Interior Honda BR-V Malaysia_PanduLaju (7)
Interior Honda BR-V Malaysia_PanduLaju (6)
Interior Honda BR-V Malaysia_PanduLaju (5)

Ketika mahu bercuti, hal membawa barang dan beg besar sentiasa jadi dilema besar. Tetapi tiada masalah dengan Honda BR-V yang menawarkan ruang but luas untuk memuatkan aneka jenis barangan milik keluarga anda. Jika cuma berlima, kerusi belakang boleh dilipat yang dapat menambahkan lagi keluasan but (539 liter).

4. JIMAT MINYAK

Adakah Honda BR-V menjimatkan? Secara relatif ya, jika mengambil kira enjin i-VTEC yang menjadi nadi utama BR-V dengan padanan transmisi CVT ini. Pemanduan sentiasa lembut, lancar dan responsif di jalanan. Cuma dengan sedikit injakan kaki atas pedal sudah cukup menggerakkan crossover ini ke mana-mana dan segalanya bergantung kepada ragam pemanduan anda.

5. SESUAIKAH BR-V UNTUK SAYA?

Jika anda sedang mencari kenderaan pertama yang menawarkan ciri famili kecil yang praktikal dan serba guna, BR-V memang sesuai. Dengan BR-V, anda boleh balik kampung, pergi bercuti ke mana-mana destinasi percutian popular dan mengisi segala macam keperluan harian di rumah dan pejabat. BR-V juga nampak formal dan sporty yang sememangnya menjadi cita rasa dan trend pemandu Malaysia masa kini. Memang tidak malu dibawa ke mana saja. 😉

GALERI

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 honda br-v, Crossover, harga honda br-v malaysia, Honda BR-V, honda br-v malaysia, Honda Malaysia, kenapa perlu pilih honda br-v, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev