• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

#BikinMotor: BMW G 310 R Street Tracker - Naked yang Lebih Naked

March 23, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

FacebookTwitter


KEHADIRAN model aras mula, BMW G 310 R memberikan peluang kepada kaki kustom Indonesia untuk mengubah suai jentera berkenaan menjadi lebih maskulin dan menggoda. Motosikal milik BMW Motorrad Indonesia itu sengaja diberikan kepada bengkel Insan Motor Bekasi untuk dimodifikasi sempena acara khas.

Acara itu ialah Pure & Crafted Festival 2018 dan proses modifikasi dilakukan mengambil masa setengah bulan kerana BMW mahukan model itu tampil sebagai sebuah street tracker ringkas.

BACA >>> 36 Foto Ini Pasti Buatkan Anda Terpikat dengan BMW G 310 R

Bagi mendapatkan imej diinginkan, keseluruhan bahagian badan dibogelkan supaya tampak naked. Perincian grafik badan menggunakan tema BMW M Power yang minimalis tetapi garang. Bahagian pelana kini ditunggalkan, dan dipotong supaya nampak landai. Rombakan paling banyak dibuat ialah bahagian set badan, manakala rim jejari dipinjam daripada Kawasaki KLX 250.

Meter BMW G 310 R 2017 Malaysia
BMW G 310 R 2017 Malaysia

Bagi mendapatkan sosok badan ramping, bahagian tangki minyak dikecilkan daripada 11 liter kepada 8 liter dan dibalut material gentian kaca. Tanpa menghilangkan ciri digital G 310 R, penutup tangki sengaja direka sedemikian rupa untuk menempatkan panel instrumen yang sebelum ini dipasangkan pada bar hendal.

Bahagian suspensi tidak diubah, manakala komponen standard masih dikekalkan seperti enjin, frem depan, dan absorber depan dan belakang. Insan Motor Bekasi turut memotong casis belakang supaya tampil lebih pendek berbanding versi asal.

BREK: Kawasaki KLX 250
TAYAR: Dunlop K180, 120/70-18 (depan), 130/70-108 (belakang)
RIM: TK Racing
EKZOS: Akrapovic Yamaha R25.
HENDAL: Protaper
BADAN: Gentian kaca kustom

GALERI

SUMBER: NaikMotor.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW, BMW G 310 R, BMW Motorrad Indonesia, BMW Motorrad Malaysia, Kawasaki KLX 250, naked bike, roda2, street tracker

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my