• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Volkswagen Golf (2018) Kini Dibuka - Harga Bermula RM155,990

Tempahan Volkswagen Golf (2018) Kini Dibuka - Harga Bermula RM155,990

March 23, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JANUARI lalu kami ada mengeluarkan artikel imej spyshot Volkswagen Golf 2018 facelift yang dihantar untuk ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) di Malaysia. Akhirnya model tersebut tiba di pasaran Malaysia, tetapi masih belum dilancarkan secara rasmi.

Buat masa ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mula menerima pra-tempahan untuk varian-varian Golf di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara. Famili Golf terdiri daripada varian Golf TSI Sportline dan R-Line, Golf GTI dan Golf R berprestasi tinggi.

HARGA

  • Volkswagen Golf Sportline - RM155,990
  • Volkswagen Golf R-Line - RM169,990
  • Volkswagen Golf GTI - RM239,990
  • Volkswagen Golf R - RM295,990

BAMPAR & LAMPU LED

Famili Volkswagen Golf (2018) masih mengekalkan karisma model terdahulu dengan rekabentuk tersendiri dan kini ditambah baik beberapa perincian terkini seperti bampar rekaan semula, lampu utama konsep baharu dan lampu belakang LED.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, dia yakin famili Golf baharu akan diterima baik di Malaysia kerana model itu sedia mempunyai pengikut yang ramai di sini.

“Dengan pengenalan empat varian, Golf ada untuk semua orang. Kami yakin rangkaian model ini akan dapat memenuhi jangkaan dan kehendak peminat Golf Malaysia,” katanya.

BACA >>> Volkswagen Passat GT (2018) yang Serba Sporty - Enjin V6 3.6L, 280hp

volkswagen golf 2018 malaysia
Volkswagen Golf Sportline 2018 Malaysia_Pandulaju (9)
Volkswagen Golf Sportline 2018 Malaysia_Pandulaju (2)
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia

VOLKSWAGEN GOLF (2018)

Volkswagen Golf 1.4 TSI ditawarkan dalam varian Sportline dan R-Line. Kedua-dua varian itu dikuasakan enjin 1.4TSI dengan pengecas turbo yang dipadankan kotak gear automatik 7-kelajuan DSG berkuasa 148hp dan tork 250Nm.

Golf R-Line didatangkan dengan kerusi kulit Vienna, rim aloi 17-inci Singapore, Paparan Info Aktif bersaiz 12.3-inci, set media 8-inci dengan App-Connect selain lampu utama LED berserta lampu statik dan lampu belok dinamik.

volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
enjin volkswagen golf GTI 2018 malaysia
harga volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia

VOLKSWAGEN GOLF GTI (2018)

Hot-hatch terbaik, Volkswagen Golf GTI 2018 menggunakan enjin 2.0TSI pengecas turbo baharu yang dipadankan kotak gear automatik 6-kelajuan DSG. Janaan kuasa cukup mengagumkan, 228hp dan tork 350Nm.

Golf GTI dipadan kerusi kulit GTI Vienna, rim aloi Milton Keynes 18-inci, paparan maklumat aktif (AID) 12.3-inci, set audio 8-inci dengan App-Connect dan lampu utama LED dengan lampu belok dinamik. Hatchback ini turut dibekalkan lampu belakang LED dengan indikator dinamik dan Kawalan Casis Adaptif (DCC) dengan opsyen mod pemanduan.

BACA >>> 8 Perkara Volkswagen Passat B8 Yang Perlu Anda Tahu

Volkswagen Golf R 2018 Malaysia_PanduLaju (1)
Volkswagen Golf R 2018 Malaysia_PanduLaju (19)
Volkswagen Golf R 2018 Malaysia_PanduLaju (7)
harga volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
Volkswagen Golf GTI 2018 Malaysia_PanduLaju (10)
Volkswagen Golf GTI 2018 Malaysia_PanduLaju (11)
Volkswagen Golf R 2018 Malaysia_PanduLaju (12)

VOLKSWAGEN GOLF R (2018)

Jentera yang menawarkan prestasi sebenar, Volkswagen Golf R (2018) hadir dengan enjin 2.0TSI pengecas turbo baharu, dipadankan dengan kotak gear automatik 7-kelajuan DSG yang menjanjikan output mengagumkan, 288hp dan tork 380Nm.

Golf R hadir dengan kerusi kulit R Vienna, rim aloi Pretoria 19-inci, paparan maklumat aktif (AID) 12.3-inci, paparan Discover Pro bersaiz 9.2-inci dengan App-Connect dan kawalan gestur. Tidak ketinggalan lampu utama LED dengan lampu belok dinamik, lampu belakang LED bersama indikator dinamik dan stereng progresif.

volkswagen golf 2018 malaysiaSIRI JELAJAH VOLKSWAGEN

Rakyat Malaysia berpeluang melihat secara dekat Golf GTI dan Golf R baharu dalam acara Siri Jelajah Volkswagen. Golf GTI akan dipamerkan di AEON Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada 27 Mac hingga 1 April ini, manakala Golf R akan melakukan debut di pasaran tempatan di pusat beli-belah One Utama mulai 28 Mac hingga 1 April ini.

Tempahan dan sesi pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web Volkswagen.com.my.

Selain itu, VPCM juga menawarkan peluang kepada pembeli untuk memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke Festival GTI Worthersee di Austria. Peraduan itu sedang berlangsung sekarang hingga 27 Mac ini dan butiran lanjut boleh didapati di laman web Volkswagen Malaysia.

GALERI

VOLKSWAGEN GOLF (2018) 

volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia
volkswagen golf 2018 malaysia

VOLKSWAGEN GOLF GTI (2018) 

enjin volkswagen golf GTI 2018 malaysia
harga volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
harga volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf GTI 2018 malaysia

VOLKSWAGEN GOLF R (2018)

volkswagen golf GTI 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
harga volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia
volkswagen golf R 2018 malaysia

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Erik Winter, Golf GTI, Golf R, Golf R-Line, Golf TSI Sportline, Harga volkswagen golf 2018, Volkswagen Golf, volkswagen golf 2018, volkswagen golf GTI 2018, Volkswagen Golf Mk7 facelift, volkswagen golf R 2018, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), VPCM

Comments

  1. Sim says

    March 23, 2018 at 8:22 PM

    Kalau harga golf 1.4 tsi lebuh kurang jetta, aku sambar dah.. baik ambik suprima s klu mcm ni.. wei proton, bila suprima s refinement nak keluar hah???!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev