• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: Repsol Honda Team Baru Cuba Swingarm Karbon di Qatar

#2018MotoGP: Repsol Honda Team Baru Cuba Swingarm Karbon di Qatar

March 21, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

459
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASANGAN pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez dan Dani Pedrosa buat kali pertama menunggang jentera lumba yang dipasangkan lengan ayun atau swingarm gentian karbon ketika perlumbaan pembukaan MotoGP 2018 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar minggu lalu.

Repsol Honda Team membangunkan swingarm baharu itu ketika ujian musim sejuk, tetapi masih tidak merancang menggunakan komponen tersebut dalam perlumbaan. Malah, Pedrosa ketika ditemu bual pada latihan hari pembukaan Jumaat lalu berkata, pasukannya tidak bercadang mencuba komponen baharu itu pada perlumbaan latihan dan kelayakan, apatah lagi perlumbaan sebenar Ahad lalu.

BACA >>> #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

"Buat masa ini, kami tidak mencubanya, dan tiada dalam perancangan untuk menggunakannya. Ada beberapa perbezaan apabila menggunakan swingarm ini, tanggapan awal dirasakan sangat berbeza. Tetapi selepas anda mula mendesak, ia memberikan perasaa sama tetapi dengan cara berbeza, sukar untuk saya jelaskan di sini!

"Ia seperti menghasilkan pergerakan yang sama, tetapi cara pergerakan berbeza. Reaksi daripada terotel dan cengkaman juga sedikit berubah. Ada kesan positif dan negatif, tetapi saya fikir pengalaman kami dengan komponen itu masih rendah sebagai pelumba dan pasukan. Tetapi, untuk masa depan, ia bagus," kata Pedrosa.

LCR HONDA MASIH BERKIRA-KIRA

Walaupun Pedrosa dan Marquez sudah menggunakan swingarm karbon tersebut dalam perlumbaan minggu lalu, tetapi pelumba Britain, Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) yang juga menunggang jentera RC213V dengan spesifikasi sama masih belum mencuba komponen tersebut.

Namun pasukan Ducati sudah pun menggunakan komponen tersebut dalam perlumbaan sejak 2009. Penggunaan komponen gentian karbon menelan kos sangat mahal dan membimbangkan pasukan satelit seperti LCR Honda yang khuatir sekiranya komponen tersebut terbabit kemalangan.

BACA >>> #2018MotoGP: Rossi Pakai AGV Baharu, Ambil Ilham Rekaan Helmet F1 1970-80-an

Dalam perlumbaan Qatar lalu, kami yakin komponen baru Honda itu mampu memberi lonjakan signifikan dalam menambah baik rekod catatan masa dan konsistensi pelumba. Tidak mustahil Crutchlow juga akan menunjukkan peningkatan pada masa akan datang sekiranya pasukannya memutuskan menggunakan komponen mewah tersebut.

Pastinya komponen berkenaan berpotensi memberiken lebih kelebihan kepada Crutchlow. Apatah lagi tanpa komponen itu, dia kini sudah mengatasi Pedrosa di kedudukan tempat ke-4 pada perlumbaan pusingan pertama, Ahad lalu.

SUMBER: MCN

Related

459
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Cal Crutchlow, Dani Pedrosa, LCR Honda Castrol, lengan ayun, Marc Marquez, MotoGP 2018, Repsol Honda Team, roda2, sukan permotoran, swingarm

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my