• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Z Generasi Baharu Guna Enjin 3.0L V6 Twin-Turbo V6?

Nissan Z Generasi Baharu Guna Enjin 3.0L V6 Twin-Turbo V6?

March 20, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASA depan Nissan Z seakan samar sebelum ini berikutan tiada sebarang pendedahan diumumkan pengeluar automotif dari Jepun itu berhubung generasi baharu model tersebut. Namun, model baharu Z khabarnya bakal muncul tidak lama lagi, dan dilaporkan sedang dibangunkan bersama model Infiniti Q60 terbaharu.

Sumber Nissan memaklumkan, pengeluaran model Z dan Q60 terbaharu nanti akan berkongsi platform pacuan roda belakang (RWD) sama, termasuk enjin dan sistem hibrid. Trenkuasa pula dijana enjin 3.0L twin-turbo V6 berkuasa 400hp yang kini menjadi nadi Infiniti Q60 Red Sport (2018). Model Z berikut akan tampil lebih besar berbanding versi semasa, tetapi kekal sebagai versi coupe 2-pintu.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

Kereta sport ini juga dikhabarkan bakal menampilkan versi Nismo yang lebih berprestasi tinggi. Model Nismo itu akan dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD), berkuasa 475hp dan tork 611.4Nm daripada enjin 3.0L V6 yang dinaik taraf.

Bagaimanapun, Z serba baharu itu masih di peringkat pembangunan dan model berkenaan dijangka debut pada 2021, serentak dengan pengenalan Z versi Roadster. Nissan dijangka terlebih dahulu melancarkan debut konsep Z terbaharu pada Pameran Motor Tokyo 2018, Oktober nanti sebelum memperkenalkan model versi pengeluaran.

SUMBER: AutoGuide

Related

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kereta Sport, Nissan, Nissan Z, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my