• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi L200 (Triton) Barbarian SVP II Versi UK, Edisi Khas yang Lebih Personaliti

Mitsubishi L200 (Triton) Barbarian SVP II Versi UK, Edisi Khas yang Lebih Personaliti

March 20, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI memperkenalkan trak pikap L200 (di Malaysia dipanggil Triton) edisi khas Britain, digelar Barbarian SVP II, iaitu model kedua dihasilkan divisyen khas, Special Vehicles Projects (SVP).

Dibina berasaskan SVP asal, L200 Barbarian SVP II menampilkan ciri skema warna terang dua tona, dan rekabentuk khas luaran dan dalaman. Menurut Mitsubishi Britain, cuma 250 unit contoh SVP II dihasilkan dengan separuh daripada jumlah itu mendapat kemasan aksen hitam Diamond Black, manakala separuh lagi kelabu metalik Atlantic Grey.

BACA >>> Mitsubishi Triton Athlete Lebih Garang, Ada Umphh! Harga RM126,990 Sahaja

Kedua-dua varian menawarkan perincian jingga untuk menyerlahkan kontras warna bagi menyerlahkan personaliti khas yang ada pada model edisi terhad tersebut.

CIRI ISTIMEWA LAIN DARIPADA LAIN

Mitsubishi-L200-Barbarian-SVPII-03
Mitsubishi-L200-Barbarian-SVPII-06
Mitsubishi-L200-Barbarian-SVPII-01

Rupa luaran dipadankan ciri istimewa seperti rim aloi 17-inci rekaan khas berwarna hitam-jingga dengan tayar off-road jenis all-terrain, pelapik gerbang roda agresif, dan gril SVP baharu serta rel bumbung jingga.

Kemasa jingga turut disempurnakan pada bingkai lampu kabus, bezel lampu utama dan belakang, pelindung lekuk pada hendal pintu, lampu lumpur (puddle lamp) dan hendal but (tailgate). Lampu ruang kargo dan pintu but berspring dengan peredam lembut turut diberikan sebagai ciri standard.

BACA >>> Mitsubishi Triton (2017) Mengganas- Trak Pikap Pertama Berani Beri Jaminan 5 Tahun

Skema warna edisi khas itu turut diserlahkan pada ruang kabin menerusi kerusi kulit rekaan 'six-pack' dengan kemasan suede jingga yang dipadankan dengan trim benang jingga. L200 Barbarian SVP II turut didatangkan dengan plak nombor khas dan logo SVP sekitar kabin.

TRak pikap ini dijana enjin 2.4L turbodiesel berkuasa 177hp yang di padankan sistem pacuan Super Select 4WD dengan dua opsyen transmisi: manual 6-kelajuan atau automatik 5-kelajuan dengan pedal syif.

Mitsubishi L200 Barbarian SVP II kini boleh ditempah di Britain dengan harga permulaan £29,830 (RM163,442).

SUMBER: CarScoops

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Mitsubishi, Mitsubishi L200 Barbarian SVP II, Mitsubishi Triton, Mitsubishi UK, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev