• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad - Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali

Suzuki Swift Sport Bee Racing Edisi Terhad - Swift Paling Berkuasa Lancar di Itali

March 20, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Suzuki Swift Sport Bee Racing dilancarkan di Itali pada harga €18,000 (RM86,721) yang direka berasaskan varian Swift Sport dan kini boleh didapati secara eksklusif melalui online. Tempahan awal dibuka sekarang hingga 18 April ini dengan warna badan istimewa Champion Yellow (kuning) dan bumbung Dubai Black Metallic (hitam).

Strip kontras gaya lumba dapat dilihat sepanjang badan kereta bermula bonet depan hingga bampar belakang. Ciri lain adalah sama dengan model asal, Swift Sport dan turut ditampilkan bersama rim aloi dua-tona 17-inci, skirt sisi menarik dan dual ekzos.

Kemasan kabin dilengkapi kerusi semi-bucket dan pedal aluminium ala sport. Aksen dalaman dihiasi trim jahitan merah dan kemasan merah lava red untuk menyerlahkan imej sporty. Dijana enjin 4-silinder 1.4L Boosterjet, hot-hatch Jepun ini mampu menghamburkan kuasa 140hp dan tork 230Nm.

SWIFT PALING BERKUASA

suzuki-swift-sport-bee-racing-edition-11
suzuki-swift-sport-bee-racing-edition-6
suzuki-swift-sport-bee-racing-edition-10

Swift Sport Bee Racing lebih berkuasa daripada semua model Swift di pasaran dunia. Kelajuan maksimum mencapai 210kmj, manakala pecutan 0-100 kmj dicatatkan sepantas 8.1 saat dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Malangnya, Suzuki sudah menarik diri di pasaran Malaysia dan hampir pasti tidak akan menjengah pasaran negara ini. Apapun, pengeluar dari Jepun itu diketahui umum menjalinkan kerjasama teknikal dan pemasaran dengan Proton. Model Ertiga ialah antara model Suzuki yang dijenamakan semula (rebadge) di bawah label Proton.

Bagaimanapun sukar untuk mengharapkan model Swift di-rebadge-kan kerana Proton sudah sedia memiliki model sendiri di bawah segmen-B hatchback, iaitu Iriz.

GALERI

SUMBER: MaxAbout.com

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BoosterJet, Roda4, Suzuki, Suzuki Swift, Suzuki Swift Sport, Suzuki Swift Sport Bee Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev