• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Polo Trophy Edisi Terhad - RM89,888

Volkswagen Polo Trophy Edisi Terhad - RM89,888

September 4, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Volkswagen WRC drivers Jari-Matti Latvala, Miikka Anttila and Mr Armin Keller, Managing Director of Volkswagen Group Malaysia

BAGI meraikan kejayaan Volkswagen dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC), Volkswagen Malaysia memperkenalkan Polo Trophy edisi terhad dengan penampilan lebih menarik dan garang.

Hanya terhad sebanyak 100 unit, peminat kenderaan jenama dari Jerman itu boleh memilikinya pada harga RM89,888.

Jadi apa istimewa Polo Trophy edisi terhad ini? Pertama, anda akan menerima kehadiran pelekat pada bahagian sisi dan bonet. Sudah pasti, ia membuatkan jentera ini bertambah garang.

Volkswagen Polo Trophy-pandulajudotcom_02

Volkswagen Polo Trophy-pandulajudotcom_12     Volkswagen Polo Trophy-pandulajudotcom_11

Selain itu, ia turut didatangkan dengan spoiler belakang selain dilengkapi sistem navigasi, filem tingkap dan cermin sisi yang kontras.

Aspek mekanikal pula, ia masih kekal sama iaitu penggunaan  enjin 4-silinder MPI 1.6L. Hasil padanan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 103hp dan tork 153Nm.

Volkswagen Polo Trophy-pandulajudotcom_09

Ingat, terhad kepada 100 unit saja. Dapatkan sementara stok masih ada. Bagi anda yang mahu melihat dengan lebih dekat lagi jentera ini bolehlah hadir ke Setia City, Setia Alam sehingga 6 September 2015.

Selain menikmati pelbagai diskaun menarik dengan setiap pembelian kenderaan Volkswagen, anda juga berpeluang menaiki kenderaan yang dipandu oleh dua orang drifter wanita terkenal Malaysia – Leona Chin dan Azrina Jane Abdullah.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Azrina Jane Abdullah, Kejohanan Rali Dunia, Leona Chin, Polo, Volkswagen Malaysia, Volkswagen Polo Trophy edisi terhad, WRC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my