• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

#2018MotoGP: Dovizioso Tenang Sekat Marquez di Selekoh Akhir, Hafizh Raih 2 Mata

March 19, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

FacebookTwitter


PEMBUKAAN MotoGP 2018 di Qatar menyaksikan aksi dramatik perebutan juara antara Andrea Dovizioso (04) dan Marc Marquez (93) dalam pusingan pertama kejuaraan itu di Litar Antarabangsa Losail, Qatar, semalam. Pelumba Ducati Team itu berjaya mengetepikan cubaan Marquez yang cuba memintasnya di selekoh akhir sebelum menamatkan saingan dengan begitu bergaya sekali.

Kelebihan jentera Ducati Desmosedici GP18 yang cukup laju di laluan lurus berserta kawalan mantap dan konsisten nyata memberikan kelebihan buat Dovizioso.

Ketika saingan berbaki lagi 10 pusingan, Dovizioso mula memintas seorang demi seorang pelumba dari petak ke-5 sebelum berada di belakang pelumba Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco (5) yang mengekalkan posisi pertama sejak awal perlumbaan.

ZARCO HADAPI MASALAH JENTERA?

Zarco (5) mula mengalami masalah apabila saingan berbaki 5-pusingan.

Memasuki 5 pusingan terakhir, semacam ada sesuatu yang tidak kena dengan jentera Zarco, dia dipotong Dovizioso, Marquez dan kekanda MotoGP, Valentino Rossi (46) termasuk pelumba Alma Pramac Ducati, Danilo Petrucci (09).

Adinda Marquez dan kekanda Rossi kemudian saling berlumba beriringan, seia sekata sehingga perlumbaan memasuki pusingan akhir. Lebih parah, Zarco tercicir ke tempat ke-8.

Tiada siapapun mahu mengalah, aksi serba mendebarkan bermula apabila adinda Marquez cuba menggunakan kesenian belokan cecah telinganya di selekoh akhir dan berjaya memintas Dovizioso. Namun, situasi tersebut tidak dapat bertahan lama kerana penunggang Ducati itu memotong semula Marquez di selekoh balas sebelum memecut ke garisan penamat dengan perbezaan hanya 0.027 saat. Mungkin jaraknya cuma sehelai rambut.

Kekanda Rossi pula bersyukur di tempat ketiga apabila berjaya mengajar apa itu erti pengalaman sebenar kepada Cal Crutchlow (35) daripada LCR Honda Castrol. Petrucci menduduki tempat ke-4, mengatasi pelumba kedua Movistar Yamaha, Maverick Vinales (6).

Sementara itu, Dani Pedrosa (26) menamatkan perlumbaan di tangga ke-7 di atas Zarco, manakala Andrea Iannone (29), juga satu-satunya pelumba Suzuki Ecstar yang tidak terjatuh, berjaya mengutip mata di kedudukan ke-9 diikuti Jack Miller (43) di tangga ke-10 daripada pasukan Alma Pramac Ducati.

SYAHRIN MENGAGUMKAN

Aksi Hafizh menjempul ibu jari sambil dipayungi makwe Arab.

Prestasi rookie pula menyaksikan Franco Morbidelli (Estrella Galicia Marc VDS) dari Itali menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, manakala pelumba negara, Hazifh Syahrin @ Pescao merebut tempat ke-14 walaupun sebelum pusingan akhir sedang berjuang di kedudukan ke-15 yang juga petak awal dia bermula. 

BACA >>> #2018MotoGP: Keputusan Penuh GP Qatar - Ujian Kelayakan Q1, Q2 dan Posisi Grid

Prestasi Hafizh disebut beberapa kali pengulas MotoGP sebagai mengejutkan selepas mengambil kira statusnya sebagai rookie bidan terjun dan segar dari ledang yang tidak pernah langsung menunggang jentera MotoGP melainkan ketika ujian pramusim di Thailand.

Malah, Hafizh ialah satu-satunya wakil Asia daripada 13 pelumba terbaik di atasnya yang majoriti dimonopoli pelumba Itali dan Sepanyol.

Tahniah Pescao! Anda membanggakan.


SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Andres Dovizioso, Auto Terkini, GP Qatar 2018, Hafizh Syahrin, Litar Antarabangsa Losail, Marc Marquez, MotoGP 2018, Pescao 55, Qatar GP, roda2, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev