Kurang seminggu saja lagi, BMW Malaysia bakal memperkenalkan BMW X2 ke pasaran tempatan. Kenderaan subkompak mewah pertama dilancarkan pengeluar automotif dari Jerman itu kini boleh ditempah melalui App.BMW.com.my/x2 bermula 16 hingga 20 Mac ini dengan deposit tempahan RM3,000.
Pelanggan yang menempah model tersebut berpeluang memenangi hadiah ekslusif seperti merasai pengalaman memandu di New Zealand menerusi inisiatif BMW Alpine xDrive Driving Experience, termasuk menikmati pemanduan dalam trek BMW M Track Day dan mengambil kursus memandu khas Advanced Module Course anjuran BMW Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang.
Hadiah utama pula berupa lawatan ke pusat latihan BMW Alpine xDrive di Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG) di South Island, New Zealand pada 26-28 Jun ini yang turut menjadi lokasi utama bagi ujian kenderaan ketika musim sejuk.
Antara acara menarik lain, termasuk peluang menaiki helikopter ke Millbrook Resort di Arrowtown, memandu BMW dalam suasana salji dengan melakukan aksi drift, slalom, menuruni cerun, memandu atas ais, berlumba drag, dan mengeilingi trek bersama jurulatih BMW bertauliah.
Selain itu, pemenang yang melakukan pembiayaan pembelian BMW X2 menerusi BMW Group Financial Services Malaysia, syarikat tersebut berbesar hati menawarkan Assurance Shield Programme (ASP) kepada pemenang, iaitu insurans hayat komprehensif kepada pemilik berserta perlindungan pembiayaan untuk kenderaan tersebut.
Leave a Reply