• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Agresif Mahu Capai Misi Sukses - Audit Kualiti Ikut Skor Rating Volvo

Proton Agresif Mahu Capai Misi Sukses - Audit Kualiti Ikut Skor Rating Volvo

March 16, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FEBRUARI lalu mungkin bulan paling padat buat Proton kerana pengeluar automotif nasional itu sedang sibuk menjayakan misi utama , iaitu menambah baik perkhidmatan dan kualiti. Walaupun jumlah hari dalam Februari pendek saja, dan ditambah pula ada sambutan Tahun Baru Cina, Proton kekal agresif melancarkan pelbagai inisiatif jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti seperti dirancang.

Proton turut sibuk menguji model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama yang dibangunkan bersama rakan strategik baharu, Geely dan dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Kini, bagi mengukuhkan lagi momentum pemasaran, Proton meneruskan inisiatif sedia ada bulan ini.

LINGKUNGAN ANTARABANGSA

Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, baru-baru ini mengumumkan pembelian pegangan saham pengeluar automotif Jerman, Daimler sebanyak 9.69 peratus yang menjadikan Geely sebagai pemegang saham tunggal terbesar Mercedes- Benz dan trak Daimler. Berita baiknya, Proton mampu berkongsi manfaat diperoleh Geely itu yang kini memiliki 49.9 peratus saham Proton.

BACA >>> Geely Kini Pemegang Saham Terbesar Daimler

PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN

Sebaik saja kerjasama dengan Geely diumumkan, Proton menggerakkan program peningkatan kualiti bersama rakan strategi baharu itu menerusi sistem rating berasaskan kriteria skor global Volvo. Pada Disember 2017, Geely melakukan audit kualiti, dan keputusan diperoleh meningkat tiga kali ganda. Ini antara bukti mudah mengenai keberkesanan kerjasama antara kedua-dua pengeluar tersebut.

BACA >>> Foto Spyshot Proton Boyue Tersebar Lagi - Warna Merah Gitu!!!

Lanjutan penambahbaikan secara berperingkat akan dijalankan pada Mac ini dan Proton yakin dapat meningkatkan skor audit yang dilihat penting sebagai persiapan pelancaran SUV pertama Proton, dijadualkan debut pada penghujung 2018.

TUMPUAN MODEL IRIZ

Bulan lalu, Proton menguasai 9.6 peratus pasaran automotif Malaysia dengan majoriti jualan disumbangkan model Saga, Persona, Exora dan Iriz. Sepanjang Mac ini, kempen 'My Style, My Drive' akan bermula yang menumpukan kepada model Iriz.

Pelanggan dijemput memandu uji model hatchback subkompak itu bagi merasai sendiri pengendalian dan ciri baharu Iriz (2017) versi dipertingkat. Selain itu, kakitangan Proton juga akan bertemu pelanggan untuk memberikan penerangan mengenai cara terbaik menggunakan pelbagai ciri pintar yang ditawarkan model tersebut.

Pelanggan yang menempah Iriz pada Mac ini akan menerima rebat hingga RM3,800.

Related

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, Kempen 'My Style, kualiti proton, My Drive', Proton, PROTON Holdings Berhad, servis selepas jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev