• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: Rossi Sah Berlumba Lagi Dua Tahun Hingga Umur 40 Tahun

#2018MotoGP: Rossi Sah Berlumba Lagi Dua Tahun Hingga Umur 40 Tahun

March 16, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


SPEKULASI mengenai status Valentino Rossi dalam MotoGP akhirnya terjawab apabila kontraknya dilanjutkan dua tahun lagi, sekali gus mengesahkan pembabitan pelumba dari Itali itu dalam perlumbaan premier tersebut sekurang-kurangnya hingga penghujung 2021.

Bercakap pada majlis menjelang pembukaan kejuaraan MotoGP 2018, Rossi, 39, berkata, dia tetap berdaya saing dan tidak mahu meninggalkan kelas tersebut.

"Apabila saya menandatangani kontrak terakhir dengan Yamaha pada Mac 2016, saya tertanya adakah itu kontrak terakhir saya sebagai pelumba MogoGP?

BACA >>> Hafizh Makin Serasi dengan Yamaha M1, Rossi Mahu Berlumba Hingga 2020

"Dua tahun lalu saya membuat kesimpulan bahawa saya mahu terus berlumba. Menjadi pelumba MotoGP, terutama menunggang M1 adalah perkara yang membuatkan saya gembira," katanya.

Juara MotoGP tujuh kali itu berterima kasih kepada pasukan Movistar Yamaha MotoGP atas kepercayaan diberikan sambil menganggap apa yang berlaku sebagai cabaran kepada dirinya supaya kekal kompetitif hingga usia 40 tahun.

"Saya tahu sedikit sukar dan memerlukan lebih banyak usaha dan latihan. Tetapi saya bersedia dan penuh dengan motivasi, kerana itu saya menandatangani kontrak dua tahun lagi," katanya.

PERSEFAHAMAN MUDAH

Ketua Pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Lin Jarvis (gambar utama, kiri) berkata, keputusan tersebut mudah dilakukan, dan pengesahan perjanjian bersama Yamaha ialah momentum terbaik sebelum memulakan musim 2018 di Qatar.

Berita tersebut mungkin tidak mengejutkan kerana Rossi pernah menyuarakan hasratnya untuk terus berlumba. Namun, pengesahan terbaharu itu pasti memberikan khabar gembira kepada jutaan peminat 'The Doctor' seluruh dunia.

"Sangat mudah mencapai persefahaman. Sebagai Pasukan Kilang (Factory Team), kami memerlukan pelumba terbaik yang mampu menang dan memberikan komitmen penuh untuk buat apa saja diperlukan bagi mencapai matlamat.

"Pembabitan bertahun-tahun dalam MotoGP, dan usia 39 tahun membuktikan Rossi sebagai pelumba komited, dan tanpa ragu lagi dia masih pelumba papan atas seperti dapat dilihat pada rekod terbaharu ketika ujian pramusim di Qatar. Tugas kami sebagai pasukan dan kilang ialah memberikan dia YZR-M1 terbaik supaya dia boleh berjuang mengejar kemenangan," kata Jarvis lagi.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 MotoGP, Auto Terkini, Lin Jarvis, Movistar Yamaha, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, The Doctor, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my