• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Perkenal Sienta Versi Naik Taraf, dan 2 Varian Hilux L-Edition

Toyota Perkenal Sienta Versi Naik Taraf, dan 2 Varian Hilux L-Edition

March 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEMI memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan trak pikap premium serba gagah, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) memperkenalkan model baharu, Toyota Hilux L-Edition dalam dua varian 2.8L AT 4x4 (RM133,900) dan 2.4L AT 4x4 (RM119,300).

Huruf L, mewakili Luxury, dibezakan menerusi imej depan lebih lebar dan agresif dengan padanan gril rekaan heksagonal berkrom, pemijak belakang warna perak dan rim 5 jejari 18-inci dwi-tona, perak dan hitam.

Masuk ke dalam kabin, Hilux L-Edition diserlahkan aksen serba hitam Piano Black yang dipadankan material berkualiti tinggi dan kombinasi kerusi kulit dengan liang udara untuk keselesaan perjalanan jauh.

BACA >>> Toyota Hilux 'Invincible 50 Chrome' Sempena Ulang Tahun ke-50 dengan Ekstra Krom

Toyota memilih meter iluminasi Optitron untuk paparan lebih jelas dan terang dalam apa juga keadaan. Ciri keselamatan standard menampilkan 7-beg udara, Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Kawalan Traksi Aktif (A-TRC) dan Kawalan Bantuan Daki Bukit  (HAC). Varian 2.8L dibekalkan ciri tambahan Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC) yang memudahkan pemandu menuruni laluan curam lebih selamat.

Dua varian baharu Hilux ini masih menggunakan enjin sama, 4-silinder turbo diesel bersesaran 2.8L dan 2.4L dengan transmisi automatik 6-kelajuan, berserta teknologi anjakan sekuensial (sequential shifter).

SIENTA DAPAT AKSESORI TAMBAHAN, HARGA KEKAL

Model kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak, Toyota Sienta (RM99,900) pula menerima pengemaskinian aksesori dan ciri tambahan seiring kitaran produk itu yang sudah mencapai usia dua tahun di pasaran.

Hanya ditawarkan dalam varian 1.5V, Sienta kini dilengkapi sistem DVD-AVX 6.9-inci yang dinaik taraf, dan lengkap dengan ciri Bluetooth, HDMI, input kad SD dan kamera undur. MPV baharu ini turut menawarkan aksesori pilihan seperti naik taraf sistem DVD-AVN 7-inci berserta ciri GPS dan Monitor Pandangan Panoramik (MVP).

BACA >>> Mampukah 7 Fakta Asas Toyota Sienta (2016) Ini Penuhi Selera Orang Malaysia?

Keselesaan penumpang ditingkatkan dengan port USB di barisan tempat duduk kedua. Dengan karpet di ruang but, lantai Sienta diberikan perlindungan tambahan, dan juga mudah ditanggalkan apabila perlu.


Semua model di atas Toyota didatangkan dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux dengan perbatuan maksimum 150,000km). Malah, jaminan yang ditawarkan boleh dipindahkan milik kepada pemilik Hilux seterusnya, tertakluk terma dan syarat.

Sebarang maklumat lanjut berhubung Toyota Hilux L-Edition dan Sienta, sila layari Toyota.com.my.

GALERI

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hiilux, Hilux 2.4 L-Edition AT 4X4, Hilux 2.8 L-Edition AT 4X4, MPV Kompak, Sienta, Toyota Hilux, Toyota Hilux L-Edition, Toyota Sienta, Toyota Sienta 1.5V, Trak pikap, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my