• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SkyActiv-X Dibangunkan Mazda Lebih Bersih daripada Enjin EV?

SkyActiv-X Dibangunkan Mazda Lebih Bersih daripada Enjin EV?

March 17, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA nampaknya sedang gigih melancarkan kempen sosial untuk menguar-uarkan kemunculan enjin pintar SkyActiv-X serba baharu. Strategi itu nyata melawan arus ketika banyak pengeluar lain sedang bekerja keras membangunkan dan memasarkan kenderaan elektrik (EV).

Keputusan dibuat itu tidak boleh dikecam dan Mazda perlu memberikan penjelasan mengenai kenapa membangunkan dan menambah baik enjin pembakaran dalaman ialah sesuatu yang baik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Kenderaan Elektrik (EV)?

Hari ini, segalanya perlu dibuktikan dengan angka. Bagi menunjukkan keupayaan SkyActiv-X sebagai 'penyelesaian tepat pada masa yang tepat', Mazda berhasrat untuk lebih fokus kepada emisi yang mendatangkan kebaikan.

Maksudnya, tidak salah mengatakan EV sebagai kenderaan emisi sifar. Namun, itu tidak bermakna segala proses pembuatan EV menyumbang sepenuhnya kepada usaha melestarikan alam sekitar sekiranya mengambil kira proses penghasilan bateri, proses pengilangan, dan segala potensi pencemaran lain.

SKYACTIV-X LEBIH EFISIEN

Mazda mendedahkan angka yang menunjukkan bahawa EV berkapasiti sederhana memerlukan sekitar 20kWh bagi setiap 99.7km. Jika jumlah kuasa tersebut diperoleh dari stesen janakuasa arang batu, ia sebenarnya menyamai emisi gas karbon dioksida (CO2) sebanyak 200g/km. Sebaliknya, bagi sumber berasaskan petrol cuma mengeluarkan emisi sebanyak 156g/km. Malah, jika kuasa tersebut menggunakan janaan bahan api LNG, emisi dihasilkan sebanyak 100g/km.

BACA >>> Mazda SkyActiv-X Bakal Gabungkan Enjin Petrol dengan Teknologi Diesel

Emisi EV secara puratanya memberikan angka 128g/km, manakala enjin SkyActiv-G pula menghasilkan emisi yang hampir sama dengan jumlah purata tersebut. Cuma lebih 10 peratus pada unjuran 142g/km.

SkyActiv-X pula mencatatkan kemampuan lebih efisien dari segi mampatan dan pembakaran optimum, sebanyak 20-30 peratus mengatasi enjin SkyActiv-G. Pengeluaran emisi pula dianggap mampu menandingi enjin SkyActiv-G.

SUKAR YAKINKAN PEMBELI

Apa yang menjadi masalah, kebanyakan peraturan Kerajaan dunia tidak menyokong fakta ini. EV masih dianggap kenderaan emisi sifar, yang memberikan banyak kelebihan kepada pembeli seperti pengecualian cukai, manakala pengeluar mendapat geran pembangunan dan pelbagai insentif lain.

Begitu juga kos mengecas EV yang jauh lebih murah berbanding isian petrol. Jadi, Mazda berkemungkinan berdepan situasi sukar untuk meyakinkan pembeli baharu untuk lebih memikirkan manfaat alam sekitar selain hanya memikirkan tentang penjimatan kos pemilikan.

Bagaimanapun, Mazda masih menunjukkan minat dalam membangunkan trenkuasa elektrik, untuk negara yang mempunyai grid elektrik bersih seperti Norway, dan sebagai persediaan untuk pasaran negara lain. Walaupun maklumat terperinci tidak didedahkan Mazda, SkyActiv-X dijangka muncul dengan elemen hibrid ringan dan hibrid plug-in menjelang 2025.

SUMBER: CarThrottle

Related

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin EV, enjin Mazda, EV, Kenderaan Elektrik (EV), mazda, Roda4, Skyactiv-X

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev