• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inilah 7 Tawaran Baharu Kepada Pengguna & Pemandu Uber Malaysia

Inilah 7 Tawaran Baharu Kepada Pengguna & Pemandu Uber Malaysia

March 14, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

pemandu uber
BAGI menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna dan meningkatkan pengalaman kepada rakan-rakan pemandu, Uber Malaysia melancarkan kempen 'Driver Forward' selama tiga bulan yang berasaskan kepada tiga perkara: Sokongan, Fleksibiliti dan Pendapatan.

Fokus utama itu ialah hasil maklum balas pemandu beberapa bulan lalu. Di bawah faktor Sokongan, pihak Uber menumpukan kepada penambahbaikan berterusan dalam memberi sokongan kepada pemandu dan meningkatkan keupayaan perolehan pendapatan.

Bahagian Fleksibiliti pula bertujuan memudahkan pemandu membahagikan masa memandu Uber dengan keutamaan masa peribadi mereka. Pengurus Besar Uber Malaysia, Karina Ali Noor berkata, pemandu Uber berpendapat Uber perlu melakukan penambahbaikan.

“Kami mendengar maklum balas itu dan mengumumkan kempen 'Driver Forward' sebagai salah satu usaha menjadikan pengalaman pemanduan lebih baik buat pemandu.

“Mereka memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Uber di Malaysia dan kami akan terus mendapatkan kepercayaan mereka,” katanya.

BACA >>> Quick Ride Tawar Skim Beli Proton untuk Pandu Uber Serendah RM45/hari, Servis Percuma!

insentif uber
pemandu uber
pemandu uber
pemandu uber
insentif uber
insentif uber
pemandu uber
pemandu uber

PENAMBAHBAIKAN BUAT PEMANDU UBER

Selain itu, Uber juga mengumumkan pembaharuan sokongan pelanggan lain, penambahbaikan dasar dan produk di bawah bahagian Sokongan yang boleh didapati 100 peratus kepada rakan pemandu Uber. Antaranya:

1. Sokongan Bahasa - BM: Ciri ini akan ditambah pada sokongan saluran telefon 24/7 buat rakan pemandu. Apabila menghubungi talian hotline, mereka boleh memilih ejen berbahasa Melayu atau Inggeris.

2. Polisi Hilang dan Jumpa: Pemandu yang memulangkan barangan yang hilang akan menerima token RM10.

3. Yuran Pembersihan: Pemandu akan diberikan token RM20 sekiranya mereka memilih untuk membersihkan kenderaan mereka sendiri, dan tidak perlu mengemukakan resit. Bayaran tersebut berdasarkan kepada jumlah kotoran dan pembersihan yang perlu dibuat.

4) Warna Kereta: Ikon kereta dalam aplikasi akan mengikut warna sebenar kereta pemandu yang boleh dilihat sendiri dalam peta. Ini membantu meningkatkan pengalaman mengambil penumpang dan membolehkan kedua-dua pihak mengecam sesama sendiri.

5) Pemandu Berkongsi Trip Perjalanan: Sama seperti ciri yang ada pada penumpang, pemandu kini boleh berkongsi lokasi peta secara live, status perjalanan dan maklumat berkaitan dengan lima nombor pra-pilihan ketika online.

6) Tempahan untuk Orang Lain: Apabila penumpang memohon Uber untuk rakan dan ahli keluarga, pemandu akan dapat melihat nama penumpang yang dijemput dan nombor dihubungi. Penumpang berkenaan akan menerima sistem pesanan ringkas (SMS) terdiri daripada butiran nama, jangka masa tiba (ETA), model kereta, nombor pendaftaran kereta dan maklumat nombor telefon.

7. Peringatan Penilaian dan Maklum Balas: Penumpang diminta memberikan penilaian selepas perjalanan dan pemandu akan menerima tip pro untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Dalam beberapa bulan akan datang, Uber akan memperkenalkan satu set inisiatif dan perubahan komprehensif, bertujuan meningkatkan pengalaman rakan pemandu, terutama bawah tonggak Pendapatan dan Fleksibiliti.

BACA >>> Panduan Rating GrabCar, Uber - Berapa Banyak Bintang Patut Anda Beri?
pemandu uber

HAB GREENLIGHT

Sementara itu, Uber Malaysia turut memperkenalkan Hub Greenlight, iaitu pusat sokongan di Petaling Jaya kepada rakan pemandu. Berkeluasan 4,600 kaki persegi, hab itu mampu melayan hingga 1,000 pemandu seminggu.

Ini termasuk memberikan perkhidmatan walk-in kepada pemandu yang memerlukan bantuan. Kemudahan itu merangkumi bilik taklimat yang akan digunakan untuk sesi pengenalan kepada pemandu baru dan lama, serta lokasi komuniti untuk pemandu Uber.

Hab berkenaan ialah komitmen jangka panjang Uber dalam menyokong rakan kongsi pemandu dan mengembangkan perniagaan di Malaysia.

GALERI
pemandu uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
insentif uber
pemandu uber
pemandu uber
pemandu uber

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi uber, driver foward, hub greenlight, insentif uber, pemandu Uber, promosi uber, Uber Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev