• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Forza 300 (2018) untuk Eropah - Skuter Pertama Honda Ada Kawalan Traksi (TRC)

Honda Forza 300 (2018) untuk Eropah - Skuter Pertama Honda Ada Kawalan Traksi (TRC)

March 13, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengemas kini semula model skuter Forza 300 untuk pasaran Eropah dengan memperkenalkan ciri baharu seperti Kawalan Traksi (TRC), binaan casis direka semula, dan pengurangan berat sebanyak 11.7kg. Bagaimanapun, model terbaharu 2018 itu tidak akan dipasarkan di Amerika Syarikat (AS), dan begitu juga Asia.

Skuter Forza agak laris di Eropah dan model bersesaran terkecil, Forza 125 dijual sebanyak 30,000 unit sejak diperkenalkan tiga tahun lalu. Jadi tidak mengejutkan model 125 popular itu banyak mempengaruhi perubahan visual ke atas Forza 300 (2018).

Honda memperkenalkan rekaan baru frem keluli tubular yang membantu mengurangkan berat Forza 300 kepada 181.8kg. Casis yang dinaik taraf turut memendekkan jarak roda (wheelbase) kepada 1508mm, manakala sudut depan direndahkan sebanyak 26.5°, dengann memendekkan trel kepada 88mm.

LEBIH RAMPING, ADA ABS

2018-Honda-Forza-i
2018-Honda-Forza-ii
2018-Honda-Forza-iii

Lebar Forza 300 (2018) dirampingkan berbanding model 2017 yang memudahkan skuter itu menyusuri kepadatan trafik sekitar bandar-bandar Eropah. Ketinggian pelana dinaikkan 779mm, beberapa inci lebih tinggi berbanding model sebelum ini.

Model ini turut dilengkapi rim aluminium 15-inci pada roda depan dan 14-inci di belakang, berbanding 14-inci dan 13-inci pada model terdahulu. Fork teleskopik 33mm lebih kecil daripada komponen lama (35mm), manakala spring absorber berkembar menawarkan 7 tahap pelarasan prabeban. Brek cakera tunggal 256mm dipasangkan pada roda depan dan 240mm di belakang. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2-chanel dibekalkan sebagai ciri standard.

Trenkuasa mengekalkan enjin 4-injap 279cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api seperti yang ada pada model 2017. Output kuasa tertinggi ialah 24.8hp pada 7000rpm, manakala tork 27.25Nm (5750rpm).

SKUTER PERTAMA HONDA ADA TRC

2018-Honda-Forza-iv
2018-Honda-Forza-v
2018-Honda-Forza-vi

Forza 300 (2018) ialah skuter pertama Honda dilengkapi Sistem Kawalan Traksi (TRC). Sistem Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control) boleh alih mampu mengawal kelajuan roda depan dan belakang secara berterusan, mengira nisbah gelincir dan mengekang tork enjin bagi mengekalkan traksi jentera.

Menurut Honda, Forza 300 (2018) mampu bergerak sejauh 30.99km per liter petrol. Dengan kapasiti tangki 11.3 liter, skuter itu mampu menjelajah sejauh 351.9km. Ciri lain yang diperkenalkan ialah visor depan boleh aras elektrik, instrumen dikemas kini, lampu LED, sistem SmartKey dan ruang storan bawah pelana yang boleh memuatkan dua helmet.

Forza 300 (2018) menawarkan 4 opsyen warna: Crescent Blue Metallic (biru), Pearl Nightstar Black (hitam), Matt Cynos Grey Metallic (kelabu) dan Matt Pearl Cool White (putih).

GALERI

SUMBER: Motorcycle.com

Related

342
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Forza 300, Honda Forza 300 (2018), roda2, skuter, skuter maxi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev