• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #2018MotoGP: "Semua Pelumba Ada Peluang Menang" - Marquez

#2018MotoGP: "Semua Pelumba Ada Peluang Menang" - Marquez

March 12, 2018 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter


JUARA bertahan dan bakal kekanda MotoGP, Marc Marquez berpendapat perlumbaan musim 2018 bakal memberi cabaran sengit sebaik saja saingan bermula di Qatar minggu depan. Menurutnya, semua pelumba ada peluang untuk menjuarai perlumbaan tersebut.

Ini dibuktikan menerusi sesi ujian pramusim MotoGP di litar Losail, Qatar minggu lalu yang jelas menyaksikan beberapa pelumba utama mencatatkan jurang masa yang sangat hampir untuk masing-masing bergelar juara.

Dalam ujian akhir di Losail, Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengungguli carta masa dengan beberapa saat mengatasi catatan masa terpantas dibuat Jorge Lorenzo (Ducati Team) sejak 2008. Sesi ujian tersebut diakhiri dengan jurang masa kurang 3/4 saat bagi 10 pelumba teratas walaupun dalam trek panjang (5.6km).

BACA >>> Menjelang MotoGP 2018, Iannone Mengadu Suzuki GSX-RR Tidak Laju, Bergegar

Berdasarkan kelajuan dan catatan masa yang agak pantas dalam sesi ujian terakhir itu, Marquez yang terkenal dengan julukan 'Semut Cervera' itu beranggapan perlumbaan musim ini akan memberikan cabaran cukup sengit kepada dia dan pelumba utama lain.

Malah, pelumba yang memiliki senyuman seluas lautan mediterranean itu juga menganggap catatan masa yang direkodkan dalam ujian pramusim akhir tersebut tidak ubah seperti ujian kelayakan masa sebenar.

SEMUA PELUMBA LAJU BELAKA

"Kalau dilihat corak perlumbaan pada akhir ujian itu, nampak seperti (Danilo) Petrucci boleh jadi sangat laju dalam perlumbaan sebenar! Cal (Crutchlow) juga sangat laju dan konsisten, (Johann) Zarco pun laju dalam satu lap walaupun bergelut menamatkan seluruh perlumbaan dan akhir sekali, kekanda MotoGP Valentino (Rossi) juga sangat laju, dan Dovi (Andrea Dovizioso) akan jadi antara pelumba terkuat.

"Kami (Marquez dan pasukan) sudah sedia berlumba dan dapat keputusan pramusim yang baik. Kami bekerja keras di Malaysia, Thailand dan Qatar, termasuk melakukan banyak lap untuk cuba dan faham tentang jentera.

"Kami agak bergelut di Losail seperti dijangka, tetapi dapat memperbaiki kelajuan pada hari akhir, saya gembira kerana itu boleh jadi titik kelemahan saya," kata Marquez panjang lebar seraya tersenyum indah dan sambung bersenam.

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2018 MotoGP, Marc Marquez, MotoGP, Repsol Honda Team, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev