SELEPAS Yamaha, kini giliran Kawasaki Motors Malaysia (KMM) pula menyumbangkan satu unit motosikal naked, Kawasaki Z650 kepada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bakal digunakan sebagai alat bantu mengajar, terutama untuk bahagian Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP (MoTECH).
Z650 itu juga akan digunakan sebagai jentera kursus memandu anjuran MoTECH dalam usaha menambah baik kemahiran memandu dan menunggang serta meningkatkan kesedaran keselamatan. Kursus tersebut turut mendapat sokongan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), termasuk KMM sendiri.
BACA >>> Yamaha Sumbang 4 Unit Motosikal Kepada UniMAP
Majlis penyerahan dilaksanakan Pengurus Besar dan Pengarah KMM, Datuk Jeffrey Lim kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi UniMAP), Profesor Dr Uda Hashim.
KMM juga ada menganjurkan beberapa kempen keselamatanyang menjadi acara tahunan seperti kempen tunggangan selamat untuk pemilik Kawasaki dan kempen keselamatan jalan raya Tahun Baru Cina.
Leave a Reply