• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha X-Max 250 Kini Secara Rasmi Di Pasaran - Harga RM22,498 Seunit!

Yamaha X-Max 250 Kini Secara Rasmi Di Pasaran - Harga RM22,498 Seunit!

March 9, 2018 By Abang GYL 3 Comments

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Yamaha X-Max 250 MalaysiaMULA mebuat pra tayang pada Januari lalu, Yamaha X-Max 250 kini secara rasmi sah berada di pasaran tempatan dan bakal berada di kesemua pengedar sah Yamaha mulai akhir Mac 2018.

Begitu juga dengan harga yang sudah disahkan. Yamaha X-Max 250 dijual pada harga RM22,498.50, termasuk GST tanpa cukai jalan dan insurans.

Yamaha X-Max 250 2018
Harga Yamaha X-Max 250 Malaysia

2 WARNA PILIHAN

  • Putih - Metallic White
  • Gangsa - Rusty Bronze

Sekiranya anda meminati skuter ini, nah kami senaraikan lima fakta mengenai Yamaha X-Max 250:

Yamaha X-Max 250 Malaysia1. ENJIN BERKUASA

Sebagai skuter kelas menengah atas, Yamaha X-Max 250 dipadankan dengan enjin 4-lejang 249cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 20hp pada 7,500 rpm dan tork 21Nm (6,000rpm), manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan sistem transmisi V-Belt Automatik.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi 'Yamaha Blue Core'?

2. DIMENSI LEBIH TINGGI

Yamaha X-Max 250 memiliki dimensi panjang (2160mm), lebar (790mm) dan tinggi (1385mm). Tinggi pelana 785mm agak tinggi, manakala kapasiti tangki minyak pula 13.2L selain memiliki berat 182kg. Jarak kelegaan tanah cukup baik dan tinggi, iaitu 125mm yang pasti memudahkan skuter Yamaha ini meredah sebarang bonggol dan laluan tidak rata.

Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia

3. FORK TELESKOPIK

Bahagian suspensi menggunakan fork teleskopik bersama travel 110mm di depan, dan dua unit absorber spring bersama travel 84mm (belakang). Tugas membrek diserahkan kepada cakera tunggal 267mm (depan) dan 240mm (belakang) berserta ciri Sistem Keselamatan Anti-Kunci (ABS).

Dinamik tunggangan dan keyakinan membelok dibantu tayar depan bersaiz 120/70 R15 dan tayar belakang bersaiz 140/70 R14.

4. PENAMPILAN MENARIK

Skuter berbadan besar itu dilengkapi dua unit lampu depan LED dan dipadankan visor pengadang angin untuk keselesaan tunggangan jauh. Bahagian sisi terhidang ekzos besar dan ada pula ruang simpananc ukup luas yang mampu menampung dua helmet .

Tidak ketinggalan, soket mengecas atas papan pemuka. Seksyen belakang Yamaha X-Max 250 pula tersedia lampu henti gaya ramping, ditarik sepanjang sisi badan hingga belakang yang memberikan imej sporty. Secara keseluruhan, penampilan luaran X-Max 250 tampak bergaya sporty dan elegan ala skuter Eropah.

Bahagian instrumen mengadunkan paduan panel digital dan analog yang dibahagikan kepada tiga kluster. Kiri dan kanan ialah panel analog, manakala tengah adalah panel digital.

BACA >>> Yamaha X-Max 250 vs Modenas Elegan 250, Siapa Lagi 'Power'?

Yamaha Yamaha X-Max 250 Malaysia5. CIRI KESELAMATAN

Selain rekabentuk elegan dan menarik, Yamaha X-Max 250 turut dilengkapkan ciri keselamatan tertinggi. Selain ABS, skuter itu dipasangkan fungsi immobiliser dan kawalan jauh menerusi kunci pintar, dipanggil Sistem Smart Key Keyless Ignition.

Bagaimana, berbaloi tak nak beli Yamaha X-Max 250?

GALERI

Yamaha X-Max 250 Malaysia
Harga Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Harga Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia
Harga Yamaha X-Max 250 Malaysia
Yamaha X-Max 250 Malaysia

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: enjin yamaha x-max 250, harga yamaha x-max 250, yamaha x-max 250, Yamaha X-Max 250 2018, yamaha x-max 250 malaysia, Yamaha X-Max 250 malaysia 2018

Comments

  1. Aishah says

    March 10, 2018 at 8:52 AM

    3. Typo.. FORK... Not ford

    Reply
  2. Faiz says

    March 10, 2018 at 8:37 PM

    Cer bandingkan ngan kymco 250,tanda harga lebih kurang je kot..

    Reply
  3. Alex Tan says

    March 10, 2018 at 10:44 PM

    Adakah motorcycle ini jimat minyak?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev