• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB250R dengan Unit IMU Lancar di Jepun, 22 Mei Ini

Honda CB250R dengan Unit IMU Lancar di Jepun, 22 Mei Ini

March 12, 2018 By ZY Leave a Comment

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK diperkenalkan penghujung 2017 sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Milan, Itali, barisan model terbaharu Honda: CB1000R, CB250R dan CB125R pantas menjadi tumpuan pengunjung dengan rekabentuk neo-retro moden serba futuristik.

Antara model menarik perhatian ialah CB250R, yang bakal dilancarkan di Jepun, 22 Mei ini.

BACA >>> Honda CB150 Verza (2018) Kini Bergaya Retro, Maskulin

Masih mengekalkan nadi silinder tunggal 250cc DOHC seperti CBR 250R edisi antarabangsa sebelum ini, sebahagian besar penambahbaikan CB250R tertumpu kepada aspek pengendalian. Selain rekaan frem lebih kuat dan absorber teleskopik terbalik di depan, jentera gaya retro itu turut dilengkapi teknologi canggih sensor Unit Unjuran Inersia (IMU).

IMU mula diperkembangkan dalam perlumbaan MotoGP sebelum digunkan model motosikal berprestasi tinggi seperti Yamaha YZF-R1 dan Kawasaki Ninja H2.

IMU dipasang untuk mendapatkan data seperti kelajuan angular dan pecutan. Komponen itu dilengkapkan pada CB250R menggunakan algoritma yang dibina Honda untuk menambah baik Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) model tersebut. Antaranya, membantu mencegah atau mengurangkan efek stoppie atau roda belakang terangkat ketika penunggang membrek mengejut.

BACA >>> Berita Sedih! Honda CBR 250RR Tiada dalam Senarai Model Baru 2018 di Malaysia!

CB250R di pasaran Jepun ditawarkan pada harga ¥503,280 (RM18,470) untuk versi tanpa ABS; dan ¥554,040 (RM20,333), ABS, dan dijangka mampu memikat cita rasa penunggang masa kini yang mahukan sebuah jentera gaya retro dengan teknologi canggih.

Masuk Malaysia atau tidak? Doa-doakan semoga dibukakan hati dif-dif terhormat Boon Siew Honda sana 😉

SUMBER: Young Machine

Related

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cb1000r, cb125r, cb150r, honda cb250r, Honda Japan, motosikal, neo retro, retro-moden, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my