• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jade RS (2018) Tambah Teknologi Keselamatan Termaju dan Warna Jingga Khas

Honda Jade RS (2018) Tambah Teknologi Keselamatan Termaju dan Warna Jingga Khas

March 11, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LENCANA RS memberikan pengaruh besar kepada banyak pengeluar kereta yang mengimpikan menghasilkan model berprestasi tinggi se-hardcore Porsche dan hot-hatch berkuasa turbo. Tetapi, tidak pula dapat dipastikan apakah model di atas ini dapat diletakkan dalam senarai RS yang betul-betul RS?

Apa yang sedang kita lihat ialah Honda Jade RS (2018) baharu yang dikeluarkan Honda Jepun. Kenderaan kategoti minivan itu kali pertama diperkenalkan pada 2013, manakala versi facelift pada 2016. Kali ini, model tersebut menampilkan rupa dan fill sporty.

BACA >>> Honda Civic Diesel (2018) Tiba di UK, Harga Bermula £20,120 (RM109,607) Sahaja

Asasnya, Jade ialah Civic versi lebih besar yang didatangkan dengan 6-kerusi dan dibahagikan kepada tiga baris tempat duduk. Dengan garis bumbung (roofline) yang relatif rendah, model ini lebih mirip kepada wagon berbanding minivan. Tidak kisahlah apa pun yang mahu dipanggil, Jade RS (2018) baharu kembali semula kepada konfigurasi tradisional dengan 5-kerusi, susulan maklum balas pelanggan.

SISTEM KESELAMATAN TERMAJU


Honda melengkapkan Jade RS (2018) dengan sistem bantuan pemandu termaju sebagai sebahagian daripada pakej Honda Sensing. Malah, Honda menawarkan warna jingga khas, Premium Crystal, yang memang eksklusif untuk model RS dengan bumbung hitam.

BACA >>> Honda Odyssey (2018) Kini dengan Honda Sensing, Harga RM254,800

Jade RS (2018) dilengkapi enjin 1.5L i-VTEC Turbo berkuasa 148hp dan tork maksimum 203Nm yang dipadankan transmisi dual-klac 7-kelajuan. Model itu akan mula dijual di Jepun bermula Mei depan.

honda-jade-rs-3
honda-jade-rs-4
honda-jade-rs-5
honda-jade-rs-6

SUMBER: HondaJapan

Related

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Jade RS, Honda Japan, Jepun, Kenderaan pelbagai guna, minivan, MPV, MPV Kompak, Roda4, RS, Wagon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev