• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bagaimanakah Yamaha Niken 'Layan Corner'?

Bagaimanakah Yamaha Niken 'Layan Corner'?

March 9, 2018 By admin.pandulaju 2 Comments

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL revolusioner, Yamaha Niken masih belum pun di pasaran, tetapi sengaja Yamaha mahu membiarkan model ini jadi jentera yang sering menimbulkan persoalan sepanjang 2018, terutama kepada pengkritik tegar yang cuba mempertikaikan kemampuan motosikal itu 'melayan corner'.

Menjawab persoalan itu, Yamaha menghasilkan satu video untuk menjelaskan teknologi berkenaan yang bakal menunjukkan kemampuan sebenar Niken ketika mengambil selekoh.

BACA >>> Yamaha Lancar Niken - Si Tiga Roda yang Mampu 'Corner Baring'

Model 3 roda berkuasa tinggi pertama dunia itu menggunakan teknologi dipanggil Sistem Multiroda Miring atau Leaning Multiwheel System (LMS) yang mampu memberikan pengalaman tunggangan yang sama seperti motosikal konvensional walaupun direka dengan 2 tayar depan.

Sistem LMS menjadikan segalanya tidak mustahil dengan Mekanisma Stereng Dwi Gandar Ackermann (Ackermann Dual Axel Steering Mechanism), yang beroperasi bersama sistem suspensi cantilever. Komponen itu dipasang pada bahagian luar roda 15-inci . Jadi, bagaimanakah kemampuan motosikal ini ketika ditunggang?

MEKANISME BAHARU

Dengan kemampuan miring pada sudut 45°, sistem Ackermann dapat memastikan struktur dua roda depan Niken dalam posisi selari ketika selekoh diambil. Mekanisme begini tiada pada konsep pengendalian dua roda konvensional. Keupayaan Niken dicapai melalui kerjasama sesama komponen penting yang menghasilkan keselarian.

Ketika membelok, struktur bentuk akan berubah dan teknologi Niken akan memastikan jarak antara dua roda depan kekal dan teguh pada unjuran konsisten 410mm.

BACA >>> Yamaha Beli Paten Syarikat Luar, Serius Bangunkan Motosikal Tiga Roda Miring

Dual-fork yang dipadankan pada setiap roda melakukan fungsi berbeza. Fork depan membantu arah tuju, manakala fork belakang menyerap daya hentakan. Apakah benar Niken dapat melakukannya? Sebenarnya, kemampuan sebenar motosikal tersebut hanya benar-bernar teruji selepas model itu di pasaran.

Namun, berdasarkan penilaian video, si penunggang itu nampak cukup yakin beraksi dengan Niken! Apa-apapun, kita layan dulu video di bawah.

* Durasi video - 2:53 minit

SUMBER: MCN

Related

220
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, motosikal, motosikal roda tiga, Niken, roda2, videotomotif, Yamaha, Yamaha Niken

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my