• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 Lancar di India dengan Ciri Klac Baharu

TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 Lancar di India dengan Ciri Klac Baharu

March 8, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

926
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI cerita motosikal pasaran India. Kali ini negara Asia Selatan itu menerima edisi baharu Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 dengan ciri klac sliper Tork Anti-Undur atau Anti-Reverse Torque (A-RT). Dibawakan TVS Motor Company, naked bike tersebut dijual pada harga bermula ₹98,185 (RM5,905).

Naib Presiden Pemasaran Motosikal, Perniagaan Antarabangsa dan Perlumbaan TVS, Arun Siddharth berkata, TVS membangunkan enjin perlumbaan buat penggemar prestasi dan siri TVS Apache ialah testimoni legasi perlumbaan selama 35 tahun.

BACA >>> TVS Apache RR 310 Lancar di India - Inilah Kembar G310R Tanpa Lambang BMW

"Selama bertahun-tahun, kami di barisan depan untuk menetapkan penanda aras dalam menawarkan teknologi perlumbaan bagi motosikal berprestasi. TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 kini menggunakan pengalaman perlumbaan itu yang kini boleh diaktifkan dengan klac sliper A-RT, pertama dalam segmennya.

"Keseluruhan rangkaian TVS Apache RTR 200 4V dipasang strip lumba dinamik dengan skrin depan rekaan khas," katanya.

PRESTASI KLAC DIPERTINGKAT

Sistem klac sliper A-RT meningkatkan prestasi jentera dengan mengurangkan 22 peratus tekanan klac pada anjakan naik gear (quicker upshifts). Ciri ini juga dapat memastikan keselamatan penunggang ketika menurunkan gear (downshift) dalam halaju tinggi selain mengelak situasi gear melompat ketika mengambil selekoh. Ini termasuk meningkatkan kestabilan kenderaan dengan mengurangkan pengehad tork belakang.

BACA >>> #BikinMotor: TVS Apache RR 310 Tukar Ekzos Letak Bawah Pelana

Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 digerakkan enjin silinder tunggal 197.75cc dengan pilihan sistem karburetor (20.2hp) dan suntikan bahan api (20hp) dengan tork maksimum 18.1Nm pada 7,000rpm.

Didatangkan dalam pilihan warna hitam (grafik merah), kelabu (grafik kuning), merah (grafik hitam), putih (grafik merah) dan hitam kusam/matte (grafik merah), Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 tampil dengan tiga opsyen varian:

  • Karburator - ₹95,185 (RM5,905)
  • EFI - ₹107,885 (RM6,488)
  • Karburator dengan ABS - ₹108,985 (RM6,554)

Related

926
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Anti-Reverse Torque (A-RT), India, klac sliper, naked bike, roda2, slipper clutch, Tork Anti-Undur (A-RT), TVS, tvs apache, TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my