• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger GT Atlantica Edisi Terhad Kini Tiba di Amerika, Cuma 500 Unit

Kia Stinger GT Atlantica Edisi Terhad Kini Tiba di Amerika, Cuma 500 Unit

March 11, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

kia stinger gt
KIA Motors bersiap sedia mengeluarkan 500 unit Stinger GT Atlantica edisi terhad untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dan pembeli di negara Uncle Sam itu kini berpeluang menikmati model edisi terhad itu yang diilhamkan berasaskan modifikasi gaya Eropah.

Kia Stinger GT Atlantica datang bersama warna unik, set roda baharu dan kemasan kulit Nappa, termasuk lencana nombor siri eksklusif dan bebebrapa ciri baharu lain.

BACA >>> #Videotomotif: Siapa Menang - Kia Stinger GT Lawan Porsche, BMW?

Naib Presiden Perancangan Produk Kia, Orth Hedrick berkata, Stinger ialah model istimewa dan Kia berhasrat meraikan 2019 dengan mengeluarkan varian lebih menyerlah. Dari segi lain Stinger ialah sedan sport sebenar dan teruji, dengan banyak pembangunan model berkenaan dilakukan di litar lumba Nürburgring, Jerman yang sukar.

"Edisi Atlantica memperkenalkan banyak ciri Eropah dan dapat dibezakan menerusi lencana eksklusif berserta ciri baharu yang tidak pernah ditawarkan di pasaran AS," katanya.

LEBIH EKSKLUSIF

kia-stinger-gt-atlantica-limited-edition-1
kia-stinger-gt-atlantica-limited-edition-2
kia stinger gt

Dibina berasaskan Stinger GT2 AWD, edisi atlantik baharu itu diserlahkan dengan warna metalik Deep Chroma Blue (biru), set rim aloi 19-inci yang diambil terus daripada Stinger versi Eropah, dan fon besar untuk lambang Stinger yang melintang sepanjang pintu but belakang. Tiada lagi logo Kia di belakang.

BACA >>> Kia Stinger GT - Limpahan Kuasa Seindah Rupa (Video + 14 Foto Menarik)

Ruang kabin dihiasi upholsteri kulit Nappa Espresso Brown yang dipadankan bersama siling (headliner) hitam jenis suede bagi mengekalkan sentuhan premium. Sedan itu turut dibekalkan Monitor Paparan Keliling (Surround View Monitor), pengecas telefon wayarles dan kerusi penumpang dengan ciri pemanas.

Kia masih belum memutuskan harga Stinger GT Atlantica dan dijangka diketahui menjelang tarikh jualan musim panas akan datang.

kia stinger gt
kia-stinger-gt-atlantica-limited-edition-5
kia-stinger-gt-atlantica-limited-edition-6
kia-stinger-gt-atlantica-limited-edition-7

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Motors, Kia Stinger GT, Kia Stinger GT Atlantica, Orth Hedrick, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev