• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

#GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

March 9, 2018 By Admin PanduLaju 5 Comments

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dikhabarkan bulan lalu, kereta sport legenda, Toyota Supra akhirnya memunculkan diri di Pameran Motor Geneva 2018. Walaupun hadir sebagai model konsep - GR Supra Racing Concept, tetapi itu sudah cukup memberikan bayangan tentang rupa sebenar Supra versi pengeluaran.

BACA >>> Toyota Supra (2018) Bakal Muncul Semula, Model Konsep Diperkenalkan Mac Depan

Buat masa ini, masih tiada lagi maklumat terperinci tentang Supra versi pengeluaran. Ketua Jurutera Toyota, Tetsuya Tada, yang turut hadir dalam acara debut GR Supra Racing Concept ialah individu yang bertanggungjawab menghidupkan semula Supra selepas 16 tahun menyepi di pasaran.

Berikut 5 perincian ringkas tentang model legenda itu seperti diberitahu Tetsuya:

Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (16)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (15)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (12)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (23)
Toyota-GR-Racing-Supra-Concept (25)

1. KESEIMBANGAN BERAT SEMPURNA

Supra baharu memiliki keseimbangan berat 50:50 hasil kerjasama dengan BMW. Toyota-BMW berkolaborasi menghasilkan Supra dan Z4. Agihan berat seimbang membuatkan pengendalian jadi lebih dinamik. Badan Supra juga dua kali lebih kuat berbanding 86, manakala pusat graviti (CoG) lebih rendah.

2. TRANSMISI MANUAL?

Pilihan transmisi masih belum dipastikan, tetapi Tetsuya memberi isyarat tentang kemungkinan transmisi manual tidak lagi digunakan Supra. Menurutnya, transmisi manual tidak lagi menjadi prioriti terbesar peminat Supra.

Walaupun imej disiarkan menunjukkan kelibat tiga pedal, termasuk pedal syif pada stereng, tetapi tiada tombol gear manual. Ini bermaksud model konsep itu menggunakan kotak gear perlumbaan yang tiada pada model pengeluaran.

3. MASIH KEKAL ENJIN 6-SILINDER PENGECAS TURBO

Toyota mengesahkan Supra akan menggunakan enjin 6-silinder pengecas turbo. Maklumat rasmi masih lagi disimpan rapi. Menurut Tetsuya, perkara pertama dipastikan adalah mendengar keinginan dan komen dari penggemar Supra seluruh dunia.

4. KERJASAMA DENGAN BMW

Pembanguan model itu adalah hasil kerjasama dengan BMW dan memiliki persamaan dengan jentera roadster Z4 akan datang dari segi trenkuasa dan casis.

5. VERSI PENGELUARAN

Penampilan Supra yang bakal dikeluarkan nanti tidak akan terlalu berbeza dengan model konsep. Cuma tidak mengambil kira bahagian spesifik perlumbaan seperti spoiler besar dan difuser, saiz rim besar, spliter besar, cangkuk tunda, ekzos lumba, cermin plastik dan hud udara depan agresif.

Bahagian kabin kekal misteri kerana jelas sekali model konsep itu dibangunkan sebagai jentera trek.

GALERI

 

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW, BMW Z4 roadster, Geneva Motor Show 2018, GMS 2018, GMS2018, GR Supra Racing Concept, Pameran Motor Geneva 2018, Toyota, Toyota GR Supra Racing Concept, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev