• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GMS2018: Honda CR-V 'Euro Spec' Tawar Varian 7-Kerusi dan Enjin Hibrid

#GMS2018: Honda CR-V 'Euro Spec' Tawar Varian 7-Kerusi dan Enjin Hibrid

March 7, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WALAUPUN Honda bertangguh mahu membawa model terbaharu CR-V ke pasaran Eropah, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akhirnya berjaya juga mendarat di Geneva dengan begitu segak bergaya. Rupa luaran masih bergaya sporty seperti CR-V biasa dengan menampilkan rekabentuk Honda masa kini. Namun, kelibat CR-V ini lebih menyerlah pada kemasan dalaman dan spesifikasi baru gaya Eropah.

Lebih istimewa, buat kali pertama, CR-V (2019) menawarkan opsyen 7-kerusi dengan ruang kaki luas. SUV kompak itu turut dibekalkan dua paparan skrin 7-inci. Satu skrin untuk menggantikan punat kawalan konvensional, manakala satu lagi skrin berfungsi sebagai sistem infotainment. Bonet belakang elektrik menjadi ciri standard baharu yang dapat meningkatkan aspek keselamatan kepada pengguna.

BACA >>> Honda CR-V (2019) Euro Spec - Kini dengan Varian 7-Kerusi, dan Enjin Hibrid

Pelanggan Eropah juga berpeluang memilih dua trenkuasa:

  • 1.5L turbo petrol dengan opsyen transmisi manual 6-kelajuan atau CVT
  • 2.0L hibrid dengan dua motor elektrik dan transmisi nisbah gear-tetap tunggal (single fixed-gear ratio).

Bersama debut sempena Pameran Motor Geneva 2018, tempahan CR-V (2019) akan mula dibuka selepas acara selesai. Penghantaran pertama versi 1.5L dijangka dibuat menjelang musim luruh, manakala versi hibrid bermula awal 2019.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

104
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda CR-V, Honda CR-V Euro Spec, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Geneva 2018, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev